HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Dec 30, 2010

Selamat tinggal...

Salam sejahtera my blog..
Sihat kah kamu? alhamdullillah..akhirnye tuan mu ini masih hidup smpai ke hari ini. Smpai ke saat ini yang membolehkan tuanmu ini membelai mu blog dengan jari jemarinye.. terharu tak my blog? hehehe  Terima kasih ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini..

Tinggal 72jam je lagi kite akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2011. Selamat tinggal.  Dan kite akan meninggalkan tahun lama 2010 dengan seribu kenangan yang mana mungkinkah akan terjadi lagi di tahun 2011 atau pun tidak? Tapi yang pasti kenangan itu tetap akan diingat dan di kenangan. 

Erm..banyak yang berlaku di tahun 2010. Suka duka yang tak dapat di ungkap. Mungkin cukup untuk diingat dan di fikir akan semua perkara yang terjadi especially nye aku sebagai seorang pelajar. Masuknya tahun 2011, secara automatiknye aku akan tinggal beberapa bulan je lagi menjadi pelajar. Satu perasaan yang bercampur baur coz ade yang besh dan ade yang tak besh. Mesti aku akan rindukan nak g belajar lagi. Apa agak nye aku akan buat after grad ye? Perasaan yang tidak tenteram coz perasaan macam blur ke mana arah tuju hidup yang patut aku buat..

Hal ini aku terpikir masa tengok cite korea Playful Kiss semalam. Satu cite yang bagi aku bagus coz bagi motivasi selain dari cinta. Dalam cite tu menekan pasal buat sesuatu sampai berjaya dan pastikan dalam hidup kite ini ada hala tuju yang nak di capai. Selepas tu, aku pun terpikir-pikir apa yang aku akan jadi dan nak buat after grad ni. Bekerja? Sambung belajar lagi? Tanam anggur? Satu perasaan yang sukar untuk diluahkan. Bila pikir-pikir rasa macam satu beban padahal benda tu maybe boleh settle kot..tapi tu lah. Rasa ada tangungan yang berat kat dada ni. Huh!!

And 2011 yang akan datang, i'allah azam yang tak tertunai tahun 2010 akan aku usahakan untuk capai dan tunaikan. So, wish me luck ye my blog. And i'allah tuanmu ini akan bersama mu sampai ke akhirnye dan tuanmu ini juga berharap kau akan sentiasa bersama nya. (^_^)




p/s: pe yang besh dalam cite Playful Kiss tu, dorg kawen tym study..amat romantik di situ!! i loike it!! :P

Dec 22, 2010

Oversea punye cerita~~

Hari nie hari Rabu, 22/12/2010. Saje je nak mention nak tarikh and hari tue. hehe Hari ni takde buat pape pun kat rumah. Macam biasa terperap dalam rumah sambil blog walking. Nak-nak pulak mak aku takde. G Langkawi 3hari. So, tinggal lah aku & adeq terkontang-kanting. Cian kan? huhu

Walaupun aku tak kuar, tapi aku ade jugak berjalan melawat dunia luar. Takde lah katak bawah tempurung kan? Melihat dunia luar walaupun tak kuar rumah..hehehe  
Oleh kerana boring sangat tadi, aku pun blog walking lah blog kawan-kawan sekolah aku yang mana belajar kat oversea. Mula-mula tue, aku takde lak niat nak duk bertempek lama-lama kat blog budak tu. Tapi..lama-lama aku baca, besh nye and sungguh bertuah dye dapat belajar kat luar negara. Sekaligus berdetik di hati ini.."seronok nye kalau aku belajar kat tempat dye". hehehe.. Da nampak da angan-angan mat jenin di situ? Sila abaikan ye..hehehe

Tapi..serius aku cakap..seronok sangat baca and tengok gambar-gambar dye coz kawan aku ni cerita pengalaman g jenjalan time dorang cuti dan tak balik Malaysia. Jelez ok??
 Yang membuatkan aku rase besh sangat tu coz dalam umor dye 22 tahun berapa bulan sekarang ni.. dah lebih 20 buah negara dye jelajah a.k.a jejalan makan angin. Antara nye  France, Italy, Spain, Portugal and banyak lagi lah.. Tak larat den nak tulis nye..hehe Mana lagi lah dye nak jelajah pasni kan? huhu Pengalaman yang cukup bagus untuk sape2 yang bergelar student. Coz time macam ni lah nak tengok negara orang. Nanti da balik negara sendiri, maybe susah sikit la kot..huhu

 Tapi tu lah yang buat aku jelez tahap cipan tu. Nak-nak lagi org yang macam aku ni. Suke jejalan menghabiskan wang. Actually, takde lah menghabiskan wang kan? Kite mencari pengetahuan dan juga pengalaman kat negara orang lain.. betul tak?
Sila angguk ye..hehehe Yang pastinye aku telah mengikut jejak langkah kawan aku ni walaupun tak jauh macam dye. Seberang laut je...mana lagi.. Singapore. Sape yang tak baca lagi pasal aku g Singapore..boleh baca sini ek..hehehe (bajet ade nak baca kan? xpela..ade aku kesah? hehehe)

Dan tahun baru 2011 yang akan menjelma tak lama lagi akan meninggalkan memori yang
cukup indah untuk bulan Januari. Coz aku & kawan-kawan akan berangkat ke Beijing, China. 
Pergh!!! Perasaan yang tidak sabar nak tunggu. Yela..1st time kot g sana n naek kapal torbang...macam tak percaya pun ade..hahaha Alhamdullilah, semuanye da settle.. Barang pun da beli, tiket pun beli.
So, tunggu ari nak berangkat je. hehe  Excited punye pasal.. :P

Wah!! Tak sedar aku wat entry panjang kali ni.. Memang sure la takde orang baca. haha




p/s: yang sedih, Mr.Bf x ikut skli g Beijing.. :( xpela..kite g honeymoon nnti ek.. *gatai* :P

Dec 17, 2010

NO CONDOM, NO PLAY!!


gambar nak klasik kan? huhu

Amacam tajuk entry dan gambar kali ni? Besh tak? hehe

Assalamualaikum semua..lama rasa nye tak update blog kesayangan aku ni..balik je dari Melaka untuk Kursus Keusahawan beberapa mingu yang lepas, tahap kemalasan untuk mengupdate blog amatlah meningkat..padahal banyak yang nak di ceritakan tapi aku peram buat pekasam..itu gara-gara virus malas ye..huhu

Kali ni tergerak hati nak update blog coz aku 'terjumpa' something yang interesting kat facebook member aku. Then aku pun google lah cerita ni..dan aku bende ni macam menarik je..hiihi  
Entry pasal Ketika Lakukan Seks, Gunakan Kondom yang dibawa oleh Sazzy Falak dan  sempena kempen kesedaran AIDS anjuran ruumz.com kat web OhBulan!. Memang terbaek lah. Coz pesanan yang artis-artis ni kasi sekurang-kurangnye memberi orang di luar sana tidak melakukan seks sebarangan untuk mengelakkan HIV. 




Mesej yang disampaikan padat dan ringkas ini sesuai untuk semua bangsa dan pelbagai peringkat umur. Coz kita tengok sekarang bukan golongan muda je yang terjebak, golongan tua pun ade. Tapi tak semua lah macam tue kan? huhu So..apa yang penting, mencegah tu lebih baik daripada mengubati...betol dok? hehe

Apa yang beshnye kempen ni,,bukan Sazzy Falak je join, tapi artis-artis lain pun ade jugak yang join. Antaranya Erra Fazira, Sarima Ibrahim, Aisyah Sinclair, Sheila Majid & Ida Nerina. Dia orang ni semua nye ada mesej yang tersendiri nak sampai kan untuk orang ramai. Klau aku boleh join sekaki kan besh..boleh aku kasi mesej gak...hehehe Biasalah...angan-angan mat jenin..hehehe :P





ehsan ohbulan.. :D


So, diharaplah kaki seks tegar @ sape-sape kat luar sana dan juga diri aku sendiri supaya janganlah buat perkara yang tak elok ni..dan amalkan lah seks yang selamat...
nak tau camne? Pe lagi...kawen lah cepat-cepat jawab nye..nanti hari-hari boleh...hehe :D


JAUHI ZINA & DADAH...

INSYA ALLAH TIADA AIDS.. 

(^_^)





Dec 1, 2010

Happy Anniversary!!! :D


 Yeebaaa Yeebiii!!
Akhirnye aku kat rumah dengan tenang nye makan masakan mak dan tengok tv sambil peluk bantal bucuk.. (^_^)
Alhamdulillah, bas yang aku naik semalam, selamat tiba kat stesen bas tanpa sebarang kecelakaan. Biasalah musim-musim sekarang ini, macam-macam kita dengar pasal bas kan? Agak takut juga lah nak balik naik bas sebenarnye..huhu ok la..2 pasal bas semalam. Coz aku ada yang lebih penting nak kongsi. Iaitu....jeng...

jeng...

jeng....

jeng...






HAPPY ANNIVERSARY KE-2 TO :
Amirul Haizatt & Nur Azwani...




Semalam, 1.12.2010..genap lah hubungan kami yang ke-2. Dan aku bersyukur kerana kami dapat mengharungi kehidupan cintan-cintun kami dengan jayanya..hehe Semalam tak sempat nak post entry ini, so, malam ni baru dapat pos.. :D Nak boleh post kan entry ni, banyak kali aku pikir. Nak post ke tak nak. Last-last..aku post gak. Coz aku ni tak pandai nak berkata-kata manis ni. Tapi ape kan daya, keinginan menguasai diri ini..kihkih :P

Kata-kata yang tak berapa nak Mutiara untuk cyg... :D

Mengenali dirimu satu kebahagian kepada diriku..
Menyayangi dirimu anugerah yang diberikan kepada ku..
kerana tanpamu..
hilanglah jiwa dan ragaku kerana ku milik mu..




Terima kasih kepada Cyg kerana sanggup menerima diri ini dengan seadanya..
Terima kasih juga kerana dapat menahan dengan perangai orang yang entah pape ni...
Terima kasih juga kerana berada di sisi orang selama ini..
Terima kasih kerana cyg sanggup berkorban demi orang..
Terima yang tak terhingga kerana cyg SAYANG kan diri orang...

(^_^)




p/s: entry pendek je..malu nak jiwang2..hehee