HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

May 31, 2011

Yanasensei's Giveaway!

Assalamualaikum..(^_^)






LOVE dalam bahasa English. CINTA dalam bahasa Melayu. SARANG (사랑) dalam bahasa Korea. (^_^) Apa yang korang paham dengan WHAT IS LOVE?? Bila baca rasa macam lirik lagu lak. hehehe Wawa share WHAT IS LOVE for a Yanasensei's Giveaway..


CINTA @ LOVE bagi Wawa.......

  • Cinta itu menerima
Bila kita cintakan atau sayangkan seseorang, kita akan terima diri pasangan kita dengan seadanya walaupun banyak tentangan yang terpaksa hadapi. Dalam pada masa yang sama kita juga akan berusaha untuk menerima kehadiran seseorang dalam hati. Kita akan sentiasa menerima apa yang terbaik untuk diri dan pasangan. 

  • Cinta itu mengetahui
Orang yang bercinta akan tahu siapa yang mereka cintai. Tak perlu untuk tanya sesiapa. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca buku atau novel cinta. Mereka akan tahu dengan sendiri bila perasaan cinta itu akan datang. Namun, mereka tidak akan tahu akan peraturan cinta jika tidak diberikan panduan. 

  • Cinta itu menakluki
Semua tahu yang sifat cinta adalah menguasai. Setiap pasangan ingin menguasai pasangan masing-masing. Sifat ini sedikit sebanyak menuntuk hak untuk mencintai dan dicintai. Ini disebabkan pasangan itu tidak mahu untuk cinta pasangannya dikongsi dengan orang lain.  

CINTA juga........


So..kat sini Wawa tag 3 kawan Wawa untuk join this giveaway...





DONE!!! Wish me luck... (^_^)




Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
Kalau suka boleh like yo! (^_^)

Part 2 - Sarawak Trip

Assalamualaikum..(^_^)

Boring kan kalau takde apa-apa nak buat? Memang memboringkan.huhu Oleh kerana Wawa takde pape nak buat harini..makanye update blog lah. Walaupun cite dah basi, tapi Wawa tetap nak cite gak.huhu Entry yang lepas..KAT SINI..Wawa dah update untuk hari 1st, 2nd n 3rd Wawa kat Sarawak. So..part 2 ni sambungan untuk hari-hari yang seterusnya. 

Pagi-pagi lagi kitaorg da gerak g UNIMAS. Masuk and tengok macam mana ropenye UNIMAS ni. Kirenye kitaorg bertuah dapat masuk and kenal. Memang besar. Yang beshnye tasik dye besar and siap ada tempat nak tengok performance. Memang canggih. UTM takde pun mcm tu. Jelez ok! hehehe And yang paling besh..UNIMAS ni ada tempat maen boling sendiri. See..tempat boling sendiri. Memang save duet student betol la. Tapi malang nye kami bukan student UNIMAS. So, tak dapat lah maen. huhu Kitaorg juz dapat bergambar kat jambatan dye yang ala-ala jambatan Pulau Pinang gitu. Memang canggih. huhu 

at jambatan UNIMAS ala-ala jmbtn Pulau Pinang..

famous tangki air tu..

pintu utama UNIMAS..(^_^)


Petang tu kitaorg dah buat kek lapis kat rumah Abby. Kirenye dah tau lah macam mana buat kek lapis ni. Tapi ambil masa yang lama lah sikit. Menurut pakar-pakar kek lapis, untuk bakar je dah amek masa 3 jam. Tu belum kukus lagi. Kalau kukus lagi lah lama. 6 jam. Memang penat and memerlukan kesabaran yang tinggi lah sikit. huhu Malam nye kitaorg g beli kek lapis kat Dayang Salhah. Memang rambang mata nak pilih yang mana and macam-macam jenis ada. Kirenye ni memang tempat wajib kalau datang Sarawak. Kek lapis. hehe :D

macam-macam nama ade..Madu3 pun ada tau..

sebahagian kek lapis yang ada kat Dayang Salhah..

Wawa punye..sikit je..huhu

depan kedai Dayang Salhah..

*******************************************************************************************************************

Next day kitaorg g Kampung Budaya. Agak jauh perjalanan. Maybe dalam 1jam lebih kot. huhu Kampung Budaya ni dekat jugak dengan Gunung Santubong + Damai Beach Resort. Otw nak g sana pemandangan memang cantek. Rasa macam balik kampung sendiri lak. And ada pantai yang cantek. Tapi kitaorg tak singgah lah coz tym tu dah lambat. Show kat Kampung Budaya start kul11.30. Nanti berenti kang tak sempat  lah. Nak masuk Kampung Budaya ni kena bayar. So..untuk save bujet, mana-mana student yang ada student card please bawak coz nnti ada diskaun. Juz bayar RM15. Kalau tak nanti kena bayar RM60. Banyak tuuuu..hehe

Kat Kampung Budaya ni ada lebih kurang 6 or 9 buah rumah yang terdapat di Sarawak. Wawa ingat-ingat lupa lah. Memang teruja. Alhamdulillah..kitaorg pergi semua rumah yang ada. And setiap rumah akan disambung oleh penghuni di dalam rumah tersebut. Sebagai contoh  kitaorg ke rumah Orang Melayu. Time masuk-masuk je terus dengar orang menyanyi sambil bergendang. Maunye tak kecut perut. Ropenye makcik-makcik yang terlatih and suara merdu yang menyanyi and katanye memang adat orang sana macam tu. huhu At the same time dorang juga ada menjual souvenir untuk tourist. :)

Rumah orang melayu..cantek kan? 

backgorund : rumah orang melanau kot.. lupe..hehehe

performance time..

maen kayu lompat-lompat..huhu (lupe tarian apa)

orang Iban..i loike that guy..hehehe :P

ni wajib naek ok..huhu 

********************************************************************************************************************

Keesokkannya..hari nak balik kitaorg ke Pasar Sarikin. Sarikin ni actually tempat jual-jual barang. Memang rambang mata. And mostly penjualnya adalah orang indonesia coz Sarikin ni dah nak masuk Indonesia. huhu Macam-macam ada. Barang yang banyak kat sini memang barang perempuan tapi untuk laki-laki tu ada juga. huhu Yang beshnye kebaya kat sini memang murah-murah + cantek-cantek. Macam-macam colour ada. Sampai rambang mata nak pilih yang mana. huhu Wawa pun rembat gak. huhu And make sure bawak topi + spek coz kat sana memang panas. Sabo jelah.. :P


tourist guide bz shopping..hehehe

langsir yang cantek. Murah je.. Only RM120. :)

macam-macam beg ada. Rambang mata nak pilh.. :)

Selesai shopping at Sarikin..kitaorg pun balik dah. Before tu kitaorg singgah kat Gua Angin coz 1 jalan je. Actually, before ni ada plan nak g Gua Angin and Gua Fairy..tapi disebabkan oleh kesuntukan masa yang ada..so, dapat ke Gua Angin jelah. Tapi tak masuk dalam lah..juz kat luar..huhu Ok lah tu kan? :) Farah cakap kenapa gua ni nama dia Gua Angin coz bila kita kat dalam tu..udara dia berangin macam kita duduk dalam aircond. Sejuk + nyaman. For sure, another time terjah Gua Angin ni..hehhe

at papan tanda pun jadi lah..

background : GUA ANGIN

Jalan nak masuk ke Gua Angin.

Nak balik da...sob-sob-sob T_T.. jumpe lagi Sarawak..hehehe :P

at Airport Kuching.. 

sayonara.. bye-bye..


Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
Kalau suka boleh like yo! (^_^)

May 25, 2011

Part 1 - Sarawak Trip

Assalamualaikum.. (^_^)

Akhirnye baru ada kelapangan sikit nak update blog. Coz mood untuk update tu down sikit. Yelah..lama tinggalkan. Otak jadi tepu. hehehe Harini Wawa balik kampung. Lama tak balik, rindu plak. Dan pastinye kawan-kawan pun balik kampung masing-masing kn? Sure hepy rite? hehehe Oklah..kali ni Wawa nak update pasal trip a.k.a vacation Wawa ke Sarawak Bumi Kenyalang for a week.. Memang kenangan yang besh and sure pasni Wawa akan g lagi. Coz banyak lagi tempat menarik yang tak g. For this part, Wawa akan update tempat menarik untuk hari 1, hari ke-2, hari ke-3 Wawa kat Sarawak. And untuk hari seterusnya Wawa akan update at Part 2 and entry for jalan-jalan cari makan lak Part 3. hehehe Banyak tol part-part kan? Bukan pe..senang sikit nak cerita. hehehe  :D

Depart at Kuching Airport!! hehe :D

Wawa sampai di Sarawak hari isnin 16/5/2011 pada jam 10 malam and malam tue tak kuar g mana-mana. Esoknye baru gerak jalan. Kami 6 orang, Wawa, Farah, K.pah, K.ai, K.zaza and kakak farah. 1st place for 1st day adalah Man Jaya. Man Jaya ni shopping complex and tujuan kitaorg ke sini coz untuk cari kedai lomo. Jauh-jauh dari Semenanjung ke Kuching, cari lomo. hehe Tapi ok wat..akhirnye ada jugak tempat nak kenal kan..huhu

Then, kitaorg terus ke Semenggoh Wildlife Centre. Kitaorg sampai kat sana pada jam 3 petang coz at that time renger akan kasi makan orang utan. Kitaorg ingatkan dye punye show dekat je. Ropenye kena treking masuk dalam. And takdelah jauh sangat. Maybe amek masa dalam 15 minit untuk sampai kat kawasan orang utan tu. Yang pastinye besh and ramai sangat pelancong yang datang macam kitaorg. And bayaran untuk masuk hanya RM3. hehehe 



Otw to Man Jaya..misi mencari lomo..

Kedai lomo yang besh..

Mana lagi tinggi? huhu

At Semenggoh Wildlife Centre

Ranger kasi makan kat orang utan..

Saranghae!! hehe :P

***********************************************************************************************************

For a 2nd day, hujan turun dari malam sampai pagi. Tapi kitaorg gagah kan jugak untuk jelajah Sarawak. hehe So, next trip to Jong's Crocodile. Kali ni kitaorg tengok show kasi makan kat buaya and ikan arapaima lak. Duduk seat lak depan-depan kan..buaya lak datang dekat.. Mahu nye tak kecut perut. hehehe Masuk kat Jong's ni hanya RM10 tak silap. Wawa ingat-ingat lupa lah. Kalau salah..tolong btol kan ye..hehehe :P Kat Jong's ni bukan buaya je yang ada, macam-macam binatang ada.. Jong's Crocodile ni lebih kurang zoo lah senang cakap coz banyak jugak animals laen kat sini. hehehe 


B4 masuk tengok crocodile show..
kat pondok ikan arapaima..cantek x? :D

semangat punye pasal..duk depan-depan..hehehe

aksi ganas buaya..ngappp! hehee

buaya pun boleh diri tau.. 

anak boyak baru nak menetas.. hehehe

After kami bermesra alam di Jong's Crocodile..kitaorg gerak ke Waterfront Kuching. Apa yang beshnye depan waterfront view dye memang cantek dengan dikelilingi oleh Sungai Sarawak. Tujuan kali ni untuk beli souvenir nak bawa balik. Macam-macam ada. Dari kepala sampai kaki. And banyak sekali gelang-gelang Sarawak. Ada yang buat dari kayu..dari manik pun ada. And yang pastinye murah-murah and rambang mata nak pilih mana 1. Wawa tak beli lah. Juz beli senduk kayu Sarawak untuk my mum n  his mum. hehehe :D

Berdepan dengan Waterfront ni ada Astana dan Dewan Undangan Negeri. Kebetulan time kitaorg datang, DUN tu baru jugak siap. So, view dye nampak cantek lah sikit. huhu And kat Sungai Sarawak, pengangkutan utama dorang adalah sampan atau bot. So, kalau nak ke seberang sana kena naik bot. Nanti Wawa akan update entry pasal bot ni yo. Coz kitaorg pun ada naek jugak. Nak juga merasa kan..hehehe :D

Astana depan Waterfront..

peace yo!! :P

Welcome to Sarawak.. :)

misi mencari souvenir..murah2!!! 

********************************************************************************************************

Next trip for 3rd day, kitaorg ke Muzium Sarawak, Muzim Kucing a.k.a meow. Then kitaorg g Waterfront naek sampan and g amek gambar kat patung kucing. huhu 

1st time ke Muzium Sarawak xdela menyeramkan. Tapi bila masuk dalam tue baru seram. Coz awal-awal pameran dah dipamerkan dengan pelbagai jenis ular siap dengan rangka ular sawa lagi. Memang besar and memang menakutkan. And ada juga binatang yang diawet. Really-really real. Seram!!! huhu At that time, kitaorg terus teringatkan cerita omputih tu..The Night at Muzium.hehehe :P Kat dalam muzium takde gambar lak coz no kamera..So, luar muzium jelah ada gambar yo..hehehe :P 


depan Muzium Sarawak..

Gades meriam ke? :P

At Muzium Seni..sebelah Muzium Sarawak..

Then..kitaorg gerak ke Muzium Kucing a.k.a Muzium Meow. Macam-macam jenis meow yang ada. And macam-macam yang ada. Masuk kali ni kena bayar RM4 for camera. huhu Ok lah tu dapat bawak kamera masuk n amek gambar banyak2..hehehe Apa yang beshnye pelbagai jenis kucing dari pelbagai negara ada. And ada yang donate kucing dorang untuk tatapan pelancong. Mesti sedih kan tym nak kasi tu and ofcoz lah kucing tu da mati and di awet. Huhu Siapa yang melawat Kuching wajib datang ke Muzium Kucing ni tau...huhuhu


kami kucing Sarawak..meow3!! :D

credit for Farah..wawa & ami.. :)

music band..meow pun ada band tau.. :)

gaya meow jepun..hehehe

End of vacation Wawa untuk hari ke-3 ni adalah dengan menaiki sampan mengharungi Sungai Sarawak. Memang besh. Coz dapat lihat pemandangan and dapat rasa naik bot. Kat Sungai Sarawak memang banyak bot-bot and ofcoz ada cruise. Kitaorg tak naek cruise coz harga dye agak mahal RM60 untuk seorang tapi dye ada sediakan hidangan. Macam minum petang g2. So, sapa yang teringin tu boleh lah naek cruise tu. Kitaorg hanya naek sampan yang ada enjin bot. hehehe ONLY RM5 per person. Murah tak? Murah kan?Dah lah bawak jalan jauh. Memang besh. And last skli kitaorg bergambar kat patung-patung kucing banyak-banyak. Memang lawa. (^_^)

menunggu ketibaan sampan kami...huhu

dalam sampan..semua takut..huhu

muka nak cover takut kan? huhu

pemandangan di sekitar Sungai Sarawak..

Sunset di Sungai Sarawak..cantek.. 

Last bergambar kat patung kucing.. (^_^)

hehehe...dah abiz da cite vacation Wawa di Sarawak untuk part 1. Nantikan part 2 plak ye.. Sory lah..entry agak panjang sikit kali ni and banyak gambar. Wawa ni tak pandai sangat nak karang-karang ni tu yang banyak gambar tu..huhu C u in next entry part 2 : Sarawak Trip again..hehee Daaaaa.. (^_^)



p/s: Next Trip mana plak ye? Krabi? hehehe :P



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)