Assalamualaikum.. (^_^)
Depart at Kuching Airport!! hehe :D
Wawa sampai di Sarawak hari isnin 16/5/2011 pada jam 10 malam and malam tue tak kuar g mana-mana. Esoknye baru gerak jalan. Kami 6 orang, Wawa, Farah, K.pah, K.ai, K.zaza and kakak farah. 1st place for 1st day adalah Man Jaya. Man Jaya ni shopping complex and tujuan kitaorg ke sini coz untuk cari kedai lomo. Jauh-jauh dari Semenanjung ke Kuching, cari lomo. hehe Tapi ok wat..akhirnye ada jugak tempat nak kenal kan..huhu
Then, kitaorg terus ke Semenggoh Wildlife Centre. Kitaorg sampai kat sana pada jam 3 petang coz at that time renger akan kasi makan orang utan. Kitaorg ingatkan dye punye show dekat je. Ropenye kena treking masuk dalam. And takdelah jauh sangat. Maybe amek masa dalam 15 minit untuk sampai kat kawasan orang utan tu. Yang pastinye besh and ramai sangat pelancong yang datang macam kitaorg. And bayaran untuk masuk hanya RM3. hehehe
Otw to Man Jaya..misi mencari lomo..
Kedai lomo yang besh..
Mana lagi tinggi? huhu
At Semenggoh Wildlife Centre
Ranger kasi makan kat orang utan..
Saranghae!! hehe :P
***********************************************************************************************************
For a 2nd day, hujan turun dari malam sampai pagi. Tapi kitaorg gagah kan jugak untuk jelajah Sarawak. hehe So, next trip to Jong's Crocodile. Kali ni kitaorg tengok show kasi makan kat buaya and ikan arapaima lak. Duduk seat lak depan-depan kan..buaya lak datang dekat.. Mahu nye tak kecut perut. hehehe Masuk kat Jong's ni hanya RM10 tak silap. Wawa ingat-ingat lupa lah. Kalau salah..tolong btol kan ye..hehehe :P Kat Jong's ni bukan buaya je yang ada, macam-macam binatang ada.. Jong's Crocodile ni lebih kurang zoo lah senang cakap coz banyak jugak animals laen kat sini. hehehe
B4 masuk tengok crocodile show..
kat pondok ikan arapaima..cantek x? :D
semangat punye pasal..duk depan-depan..hehehe
aksi ganas buaya..ngappp! hehee
buaya pun boleh diri tau..
anak boyak baru nak menetas.. hehehe
After kami bermesra alam di Jong's Crocodile..kitaorg gerak ke Waterfront Kuching. Apa yang beshnye depan waterfront view dye memang cantek dengan dikelilingi oleh Sungai Sarawak. Tujuan kali ni untuk beli souvenir nak bawa balik. Macam-macam ada. Dari kepala sampai kaki. And banyak sekali gelang-gelang Sarawak. Ada yang buat dari kayu..dari manik pun ada. And yang pastinye murah-murah and rambang mata nak pilih mana 1. Wawa tak beli lah. Juz beli senduk kayu Sarawak untuk my mum n his mum. hehehe :D
Berdepan dengan Waterfront ni ada Astana dan Dewan Undangan Negeri. Kebetulan time kitaorg datang, DUN tu baru jugak siap. So, view dye nampak cantek lah sikit. huhu And kat Sungai Sarawak, pengangkutan utama dorang adalah sampan atau bot. So, kalau nak ke seberang sana kena naik bot. Nanti Wawa akan update entry pasal bot ni yo. Coz kitaorg pun ada naek jugak. Nak juga merasa kan..hehehe :D
Astana depan Waterfront..
peace yo!! :P
Welcome to Sarawak.. :)
misi mencari souvenir..murah2!!!
********************************************************************************************************
Next trip for 3rd day, kitaorg ke Muzium Sarawak, Muzim Kucing a.k.a meow. Then kitaorg g Waterfront naek sampan and g amek gambar kat patung kucing. huhu
1st time ke Muzium Sarawak xdela menyeramkan. Tapi bila masuk dalam tue baru seram. Coz awal-awal pameran dah dipamerkan dengan pelbagai jenis ular siap dengan rangka ular sawa lagi. Memang besar and memang menakutkan. And ada juga binatang yang diawet. Really-really real. Seram!!! huhu At that time, kitaorg terus teringatkan cerita omputih tu..The Night at Muzium.hehehe :P Kat dalam muzium takde gambar lak coz no kamera..So, luar muzium jelah ada gambar yo..hehehe :P
depan Muzium Sarawak..
Gades meriam ke? :P
At Muzium Seni..sebelah Muzium Sarawak..
Then..kitaorg gerak ke Muzium Kucing a.k.a Muzium Meow. Macam-macam jenis meow yang ada. And macam-macam yang ada. Masuk kali ni kena bayar RM4 for camera. huhu Ok lah tu dapat bawak kamera masuk n amek gambar banyak2..hehehe Apa yang beshnye pelbagai jenis kucing dari pelbagai negara ada. And ada yang donate kucing dorang untuk tatapan pelancong. Mesti sedih kan tym nak kasi tu and ofcoz lah kucing tu da mati and di awet. Huhu Siapa yang melawat Kuching wajib datang ke Muzium Kucing ni tau...huhuhu
kami kucing Sarawak..meow3!! :D
credit for Farah..wawa & ami.. :)
music band..meow pun ada band tau.. :)
gaya meow jepun..hehehe
End of vacation Wawa untuk hari ke-3 ni adalah dengan menaiki sampan mengharungi Sungai Sarawak. Memang besh. Coz dapat lihat pemandangan and dapat rasa naik bot. Kat Sungai Sarawak memang banyak bot-bot and ofcoz ada cruise. Kitaorg tak naek cruise coz harga dye agak mahal RM60 untuk seorang tapi dye ada sediakan hidangan. Macam minum petang g2. So, sapa yang teringin tu boleh lah naek cruise tu. Kitaorg hanya naek sampan yang ada enjin bot. hehehe ONLY RM5 per person. Murah tak? Murah kan?Dah lah bawak jalan jauh. Memang besh. And last skli kitaorg bergambar kat patung-patung kucing banyak-banyak. Memang lawa. (^_^)
menunggu ketibaan sampan kami...huhu
dalam sampan..semua takut..huhu
muka nak cover takut kan? huhu
pemandangan di sekitar Sungai Sarawak..
Sunset di Sungai Sarawak..cantek..
Last bergambar kat patung kucing.. (^_^)
hehehe...dah abiz da cite vacation Wawa di Sarawak untuk part 1. Nantikan part 2 plak ye.. Sory lah..entry agak panjang sikit kali ni and banyak gambar. Wawa ni tak pandai sangat nak karang-karang ni tu yang banyak gambar tu..huhu C u in next entry part 2 : Sarawak Trip again..hehee Daaaaa.. (^_^)
p/s: Next Trip mana plak ye? Krabi? hehehe :P
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
6 comments
yeah!!! jom pergi Krabi!!!
yeah!!! Krabi here i come!! tak sabar nye..huhu :)
waaah. nice picca. jelesnye :) nak pegi jugak.
huhu..boleh2..g la..lgpun airasia ngah ada promotion ni..book awal2..:)
amboi,merahnya makngah.hehe
@QasehnyaRania : hehe..semuanya nak merah.. :)