HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Jun 23, 2011

Kosong..

Assalamualaikum..(^_^)

Wah!!!! Lamanya Wawa tak update blog kesayangan ni. Agak rasa lama di situ. huhu Wawa klau kat umah memang agak malas nak menaip-naip nie. Dats why lah kat UTM dlu rajin. Coz internet laju and ada je aktiviti yang boleh dijadikan topik untuk update blog. Tapi bila kat umah...hampeh!! memang takdelah. huhu

Tapi malam ni Wawa gagahkan juga untuk update walaupun isinya KOSONG. Dah mau tinggalkan blog lama-lama. huhu Duk kat umah tak berkembang coz Wawa takde aktiviti yang boleh dilakukan. Tapi walau boring macam mana pun. Rumah ku Syurga ku. hehehe (^_^) Ok lah..juz short entry..malas nak taip panjang. Lagipun xde pe nak bebel. Selamat malam!! :D

Jun 7, 2011

Resepi Kek Coklat

Assalamualaikum..(^_^)


Harinie Wawa tibe-tibe rasa nak share resipi lah plak. Tibe-tibe kan? Before ni tak pernah pun. Memang-memang tak pernah. huhu Actually..nanti malam sikit Wawa nak wat kek coklat. Tapi kena tunggu adeq dlu lah. Baru besh cikit nak wat. So..dari tak buat apa-apa, Wawa nak share lah resipi kek coklat ni even orang laen punye lagi sedap + marvelous dari Wawa punye kek coklat. hehehe

So..jom kite stat. Chef Wawa dah tak sabar ni..hehehe  Kita mula dengan bahan-bahannya dulu. Kemudian cara-caranye..hehehe *macam orang laen tak tau masak je*


BAHAN A

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk coklat                   
1/2 camca kecil soda bikarbonat              
1/2 camca kecil baking powder   


BAHAN B

1 cwn gula pasir – dikisar

1/2 cwn susu pekat
2 biji telur


1 cwn minyak masak
1 cwn air panas mendidih          
Sedikit esen vanila



BAHAN TOPING:

Coklat masakan - biasanya gune jenama Vanhouten
½ susu pekat manis


Cara-caranya:
  1.  Bahan A diayak.
  2. Kemudian, kacau Bahan B untuk gula, susu pekat dan telur.
  3. Setelah itu, masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.
  4. Kacau kedua-dua bahan sehingga sebati. Masukkan minyak dan air panas. Kacau sehingga betul-betul sebati. Kemudian barulah masukkan esen vanila. 
  5. Sediakan kukusan air dan kukus selama 45 minit.
  6. Selesai kukus, letakkan toping ke atas kek tadi. 


kek lebih kurang mcm ni..from google. nanti Wawa dah buat..Wawa ganti gambar ni..huhu





SELAMAT MENCUBA!!! (^_^)



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
Kalau suka boleh like yo! (^_^)

Jun 6, 2011

Sunshine Smile Contest

Assalamualaikum..(^_^)


SUNSHINE SMILE CONTEST.... Contest ape nie??

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN



1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:




2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

**********************************************************************************************************************

Oklah..kat atas merupakan syarat bagi Sunshine Smile Contest yang dianjurkan oleh Asyraf. Dengan rasminye Wawa join contest ni. Actually dah lama nak join. Tapi time tue seru untuk join lum sampai. So..sekarang Wawa join..hehehe 

Untuk contest ni..Wawa kasi gambar yang ceria lah kot. Coz Wawa ni klau amek gambar agak jarang untuk senyum nampak gigi. Coz rasa macam tak confident. Tapi demi contest ni..Wawa pertaruhkan gambar yang tak seberapa ni..hehe :D  Wish me luck k!!! (^_^)


But now..i'm confident with myself  because of this contest...thanks for the Sunshine Smile Contest.. (^_^)


"Senyum adalah sedekah. Senyum lah seikhlas hati kerana senyuman adalah pengubat kepada kelukaan". 


Wawa tag 3 orang kawan :







Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
Kalau suka boleh like yo! (^_^)

Jun 4, 2011

6 Jenis Wanita Mudah Ditipu Lelaki

Assalamualaikum..(^_^)


Tadi baca paper and Wawa tertarik dengan 1 article jenis wanita yang mudah ditipu oleh lelaki and i want share it here..hehehe :D


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki 

Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja. Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima. 

Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama. Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga dengan kawan. Anda terus percaya. Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain? 

Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda dalam bahaya. 

2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin 

Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup. Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat. 

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh `terlepas pandang’ mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya, secara tidak langsung bermakna mereka mempunyai tahap kewangan yang stabil. Ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa `buaya profesional’, yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda wanita seperti ini, ingat...biar lambat, asal selamat!


3. Wanita `sosial’ 

Wanita yang sosial, suka pada hiburan malam, berparti, disko, pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah `masa muda inilah nak berseronok dan rasa macam-macam’, mereka sebenarnya `mengiklankan’ diri kepada spesies lelaki pemangsa wanita. 

Bersosial tanpa batasan adalah antara resipi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu (dalam pelbagai aspek) oleh lelaki tidak bertanggungjawab. 


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu 

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. 

Wanita berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak `terpilih’ lelaki penipu dan berbahaya. Jika dia `terjebak’ sekali pun dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. 

Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri. Wanita yang berilmu berani `membetulkan’ keadaan dan mempertahankan haknya apabila perhubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri. Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami. 


5. Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak, comel atau macho serta mempunyai susuk tubuh yang menggoda? 

Wanita perlu ingat, semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu, semakin usaha perlu digandakan meningkatkan `sistem pertahanan diri’. 

Perlu diingat, paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita. Ia seharusnya hanya menjadi ciri bonus yang ada pada lelaki.

6. Wanita yang sabar tidak bertempat. 

Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai jenis yang selalu `makan hati berulam jantung’ atau mungkin juga `makan tangan berulam kaki’. Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan, tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan atau suaminya, tetapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar, dia terseksa dan tertekan. 

Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa nanti. Tidak salah bersabar tetapi jika kesabaran itu akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan. 

Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan seolah-olah memberi `lesen’ kepada pasangan untuk terus mendera, menipu dan menghina maruah wanita. Ingat kata orang dulu-dulu, 'sabar biarlah bertempat’. 


Sumber: www.mesra.net 




Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
Kalau suka boleh like yo! (^_^)

Jun 3, 2011

We Got Married - YongHwa ♥ SeoHyun

Assalamualaikum..(^_^)

Aktiviti harian Wawa kat rumah adalah tengok cite korea. Sepanjang kat rumah masuk 3 minggu ni dah banyak cite yang khatam. Waaaaahh!!! Memang rasa diri nie hebakkkk!! hehhe :P And yang paling Wawa suke dalam banyak-banyak cite yang Wawa tengok adalah show We Got Married. U olls ada yang tau pasal show ni? Actually..We Got Married (WGM) ni show yang mana couple ni akan di kawen kan secara tipu. And selama beberapa bulan or myb tahun dorang akan bersama dalam apa jua aktiviti. 

Antara pasangan yang glamour ----- > Nickhun (2PM) & Victoria (fx), ngn yang latest Yonghwa (CNBlue) & SeoHyun (SNSD - Girls Generation). Antara 2 pasangan ni..Wawa paling suke Yonghwa and Seohyun. Tak tau knp. Tapi memang suke la. Chuaaaaaheee!!! :D Untuk WGM YongHwa & SeoHyun ni ada 52 episode and malangnye Wawa tak dapat abiz kan coz adeq Wawa tak abiz download. T_T  

Harinie tak nak tulis entry panjang-panjang. So..Wawa tinggalkan pic je la ek.. Sila lah tengok WGM ni bagi siapa-siapa yang rasa nak isi masa lapang + rasa ada feeling nak kawen tu.. Coz show ni memang sweet. Alahai..nak-nak lagi time amek gambar pakai gaun pengantin. Cuteta! hehehe ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ saranghae!!


Banmal Song..lagu Yoong untuk Hyuunn..♥♥♥

dalam train otw nk balik Busan..rumah Yoong

kat pantai..kat makan kat seagul

♥♥♥♥♥♥♥ saranghae!! (^_^)

wedding photo..love dis!! 


CLICK SINI UNTUK DOWNLOAD -----> YONGHWA & SEOHYUN WE GOT MARRIED EPISODE





p/s: sekarang WGM dah ada pasangan baru..otw nak dload..hehehe



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)
Kalau suka boleh like yo! (^_^)