HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Oct 28, 2011

Update Wedding Puan Ieka Aziz & Jalan-jalan Terengganu

Assalamualaikum..(^_^)

Alhamdulillah..akhirnye blog Wawa dapat bukak secara baiknya. Coz da beberapa hari Wawa tak dapat bukak blog. Tak tau lah kalau virus menyerang ke apa. Tapi naseb baik lah sekarang da dapat bukak n beroperasi dengan jayanya. Tapi seriously Wawa terharu coz ade adeq ni dye post kat FB Wawa yang blog Wawa ni tak leh bukak. Waaaaa...ade jugak orang concern ngn blog ciput Wawa ni. Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga Wawa ucapkan. hehehe  (^_^)

Ok lah..now masanye untuk Wawa update pasal wedding kawan Wawa, Puan Ika Aziz. Dah seminggu da cite ni basi gara-gara blog wat hal, tak dapat nak membebel. huhu  Oklah..macam yang Wawa mention dalam entry lepas..BACA SINI..Wawa and kawan-kawan yang lain attend majlis kawen ika. And ada yang 1st time datang Terengganu and ada yang dah datang before ni. Majlis hari Sabtu, 15hb Oktober 2011. So..kami bergerak dari sini kul1030 malam Jumaat. Perjalanan 9 jam. Memang memenatkan and yang tak boleh tahan nya, kawan Wawa ni asek tanya je "Dah Sampai ke?" and "Lama lagi ke Wa?" tu je ayat dye sepanjang perjalanan. Yelah..biasa balik umah naek flight coz Sarawakian. hehe (^_^)

Sampai je pagi-pagi tu kitaorg kena kacau di orang kurang siuman. Memang situasi yang agak menakutkan. Wawa pun tak tahu kenapa haritu memang ramai sangat orang yang tak siuman kitaorg jumpe. Pikir-pikir balik..SERAM! huhu Tengok..da meleret cerita benda lain da...hehehe Back to story. Majlis stat kul10.30 and sampai-sampai je pihak pengantin perempuan and laki-laki dah ade dalam masjid. Cume tok kadi je belum sampai. So..kitaorg pun ambil la kesempatan bergambar dengan pengantin. hehe

sampai-sampai je masjid terus bergambaq. hehe
macam nak bace doa makan pun ade..
Bergambar dulu sebelum tok kadi datang..
Time yang ditunggu-tunggu..tok kadi da datang..

Time ni dah kat umah Ieka. Sampai-sampai je kat dorang dah berdiri kat depan pintu pagar untuk sambut pengantin lelaki. Actually Wawa, Farah, Abby and K.ai lambat sikit. Tu yang ketinggalan dalam nak berdiri sama-sama. So..tukang amek gambar lah saya. hehe 

Selamat Pengantin Baru.. (^_^)
Yang ni dah masuk second baju da. Gambar Wawa just combine je. Senang cket. Bukan pe banyak sangat gambar. Nanti entry penuh dengan gambar je. hehehe At least ade jugak gambar Wawa ngan Ieka. Amek berkat orang cakap. Bila la turn saya pulak? hehehe (^_^)

terserlah kesengalan budak2 ni..hehe :P

Amek berkat.. :)

*********************************************************************************************

Next event ktorg jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu. Berbekalkan kenderaan dari husband Ieka dapat lah kitaorang round Kuala Terengganu tu walaupun tak semua tempat kitorang pergi. Tak sempat sebenarnye. huhu  Pada mulanya macam-macam plan lah yang buat tapi apa kan daya hanya beberapa tempat je yang sempat pergi. Takpe ye kawan-kawan..next time datang lagi ye. hehehe

Sebelah malam kitaorg gerak g Masjid Terapung & Pasar Kedai Payang. Coz macam benda wajib pulak bile datang Terengganu kena kenal Masjid Terapung and g Pasar Kedai Payang. Nanti orang tanya dah pergi ke semua tu..dengan kompident cakap dah. hehehe Tapi tu lah..dapat bawak dorang-dorang ni 2 tempat je. Rasa sedih pulak. hukhuk 

At Masjid Terapung..dorang jadi kecik dlm gmbr..bese lah..tak pandai amek..hehe
Masjid Terapung
At Pasar Kedai Payang..bukan maen semangat lagi tu..huhu
sebelum terhasil gmbr ni kitaorg dah kenakan dorang ni dlu..huhu
Baru Wawa tau yang banyak jugak keychain kat sni..huhu




Maka..berakhirlah perjalanan kami 2 minggu yang lepas. Pergh!! Cite dah basi da. hehehe SO..datanglah ke Terengganu lagi. hehhe Siapa-siapa yang merancang ke Terengganu untuk bercuti..Selamat Bercuti!! :D

Oct 14, 2011

Selamat Pengantin Baru..

Assalamualaikum..(^_^)

Lagi 2jam Wawa akan ke Stesen Bas Sri Putri untuk berangkat ke Terengganu. My hometown. Tapi kali nie bukan berseorangan tapi berempat. Dan lagi 2 orang berangkat dari Kota Tinggi. Kedatangan Farah, Abby, Jue, K.ai dan K.zaza adalah untuk meraikan hari kebahagiaan CIK IEKA AZIZ yang mana weeding beliau pada hari esok nye. Waaahh!! Rasa macam tak percaya yang dalam beberapa jam je lagi status ika akan berubah kepada PUAN IKA. hehehe

Di kesempatan ni..Wawa ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau. Semoga kekal hingga ke syurga. Pesanan untuk ika... 

"Walaupun hang dah jadi isteri orang..tapi hang tetap jugak kecik macam orang & semestinye hang akan sentiasa dibuli." hehehe Jadi lah seorang isteri yang mana akan membahagiakan suamimu tika ia senang mahupun susah. (^_^) Yang penting cepat-cepat dapat baby. hehe :D

SELAMAT PENGANTIN BARU CIK IEKA AZIZ... :)


*next akan sambung entry weeding ni & entry jln2 Terengganu.  (^_^)

Oct 10, 2011

7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita


Assalamualaikum.. (^_^)



Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan. Bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita?  7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita...

1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik kan? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja. Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya...


Oct 8, 2011

Cara Saya Hilangkan Duri Atas Hidung.. :)

Assalamualaikum..(^_^)

Waah!! Lama rasanya Wawa tak update entry. Semalam ade jugak update tp takde lah slot bercerita coz hanya update blog ngan gambar-gambar konvo. CLICK HERE! Wawanye konvo alhamdulillah selamat dijalankan pada 25 September haritu. Hari ahad lagi. huhu So..before sampai hari yang bermakna tu macam-macam persiapan lah yang Wawa kena lakukan antaranya amek jubah, settlekan pembayaran and yang paling penting.. Wawa persiapkan diri Wawa di Wardah Spa. Biasalah 1st time g spa. hehehe Yang tu untuk pastikan hari konvo Wawa nampak bertenaga. And untuk muka pulak ofcoz lah Wawa gune Kryolan. Boleh baca sini.

So..hari ni Wawa nak share apa product yang Wawa rasa berkesan untuk menghilangkan duri atas hidung kite especially for the special day macam konvo. hehhe Mentang-mentang la baru konvo..asyik nak sebut nye. Ngade kan? hehe *abaikan*  Cuba kawan-kawan semua sentuh hidung korang. Macam ade rasa duri-duri ceracak x? Ade? Tak de? Waaa..sape yang xde memang hidung dye besh. huhu Coz tak payah susah2 nak pikir cmne nak cantekkan hidung. So..kat sini Wawa share product yang bagi Wawa ok untuk hilangkan duri-duri hidung. 

1. Biore Cleansing Strips Pore Pack


Ok..ni pilihan 1st Wawa for clean black head or white head. Wawa rasa mostly u olls da familiar with this product kan? And sure sangat-sangat lah yang korang pun guna kan? Product Biore ni memang bagus and berkesan. Tapi kena pakai kerap kali lah baru dye ok. And sekarang pun jarang-jarang je Wawa pakai coz duri-duri hidung da berkurang. Maybe sebab pakai product baru kot.hehehe So..kepada siapa-siapa yang dah pakai and otw nak pakai..Wawa rekomen kan yang ni. Lagipun harga dye boleh lah and dalam 2 ade 10 keping. Berbaloi la. huhu

2. St. Ives Timeless Skin 


For the 2nd product adalah St. Ives Timeless Skin. Product ni actually mask and apa yang membuatkan Wawa suka akan product ni dye akan mem'clear'kan + melembutkan muka kite. Product ni ada kat Watson and Guardian. Harganya dalam lingkungan RM30++. *betolkan jika salah*. Product ni mengandungi mutiara yang mana akan melicinkan dan menghilangkan kotoran yang terdapat pada muka kita and that's why la bile kite pakai kulit akan jadi lembut. hehehe Product ni boleh didapatkan di internet online coz tak sure kat kedai biasa ada jual tak. :)


3. Japan Natural Charcoal Face Pack Facial Mask Masque


Japan Natural Charcoal Face Pack Facial Mask Masque ni product ke 3 yang Wawa suke guna. Product ni datang ni dari Jepun and apa yang silap nye ramai cakap produt ni dari korea. Pada mulanya, Wawa apply pada 1 muka  tapi rasa macam susah and leceh, so..after tu Wawa juz apply di bahagian hidung. Lagi senang. heheh Harga dalam lingkungan RM50 and above coz beli ni pun dah lama kat internet online. U olls boleh search je product ni. Rasanya dah ramai yang jual product ni. Apa yang beshnye pakainye, tak payah nak letak air untuk lekat kan nye tak kira lah pada muka or hisung, Juz apply and tunggu sampai kering. And nanti akan dapat tengok duri-duri yang dikeluarkan. hehe


Selamat Mencuba!!


*Maaf jika information yang diberikan tidak menarik. Juz my review*