HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Nov 30, 2011

Puisi Zahiril untuk Shera..

Assalamualaikum..(^_^)

Tersentuh hati ini kala membaca puisi Zahiril buat Shera time diaorang punye majlis resepsi. Rasa macam "alahai...sweetnye la. Kalau la aku dapat puisi macam ni time kawen nanti..beshnye..hehe" OK! Wawa dah start berangan. Sila abaikan. hehehe  Tapi seriously cakap..memang sweet sangat-sangat.  Kalau tak..takkan lah Shera sampai menitiskan air mata. :) Hopefully dorang akan kekal sehingga ke syurga. (^_^)









Puisi Zahiril buat Shera:
Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, 
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. 
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, 
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, 
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku,
 Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

kredit to mstar & beautifulnara. :)

Nov 28, 2011

What Do you Think About This? DAEBAK!!!

Assalamualaikum..(^_^)

Layan........


cool kan?? DAEBAK!! :D

PRACTICE MAKES PERFECT!! 

Nov 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum..(^_^)
Alhamdulillah..masih sempat lagi untuk Wawa mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada kawan-kawan sekalian. Semoga permulaan tahun baru kita ni akan diberkati oleh ALLAH s.w.t dan semoga amalan-amalan kita yang akan datang lebih baik daripada tahun sebelumnya. AMIN~ (^_^)


"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ
 اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)



p/s: Semoga amalan lebih baik dari sebelumnya. 

Nov 25, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

Assalamualaikum.. (^_^)

Heyyyy Kak-kak Limah sekalian!! Anda pengumuman ni!! Kak-kak Limah sekalian nak cantek tak? Apa? Nak? Tapi kak-kak Limah sekalian lambat lah. Sebabnya Wawa nak join giveaway from Irine Nadia ni dulu. Bukan apa..nanti kalau lambat-lambat..dikebas orang. hehehe  *tiba-tiba gedik*

Tiba-tiba lak malam ni wat ayat cam kat atas tu. Tak pernah-pernah Wawa buat. Klasik + ngada-ngada. :P Tapi abaikan semua tu. Coz Wawa ade tugas yang besar untuk dijalankan iaitu GIVEAWAY : IRINE NADIA NAK KASI MIRACLE TAB FOR FREE. Waaaaaa...berdarah hidung kalau dapat ni. Nak-nak lagi FREE kan? Dah lah product Miracle Tab ni memang tengah hot sekarang. Dari hari 1st Irine review pasal product Miracle Tab ni Wawa dah berkenan. Tapi apa kan daya...saya hanya lah student biasa. hehehe And tiba-tiba pulak..Irine buat giveaway ni. So..tanpa melengahkan masa Wawa pun terus join. Manalah tau rezeki. AMIN~ hehe :D

sumber : IRINE NADIA MARCELLO

1 SET of MIRACLE TAB 

- Tab EX
-Tab Soap
-HD Glow Essence

Hadiah yang dipertaruhkan oleh Irine yang bernilai RM150. Camne? Berdarah hidung tak tengok? huhu Wawa memang nak sangat-sangat product ni coz tengok dari testimoni-testimoni pelanggan Irine semuanya positif dan berkesan. And kawan Wawa, Farah and K.pah pun ada cerita pasal ke'positif'an product ni. And memang Farah ada suggestkan product Miracle Tab ni kat Wawa untuk pakai coz sekarang ni kulit Wawa macam agak kurang menyerlah and kusam. Kadang-kadang membuatkan muka tak bermaya + rasa kurang keyakinan.

Mungkin dengan penggunaan product ni dapat mengembalikan keyakinan Wawa. Lagipun Miracle Tab ni from Korea kalau tak silap. So..lagi-lagi-lagi lah Wawa suka. hehe So...apa lagi. Jom kita guna Miracle Tab. (^_^)


p/s: Tarikh tutup giveaway ni 2hb Disember 2012.

Nov 21, 2011

Rokok dan Kopiah

Assalamualaikum..(^_^)

Entry dah lama karang. Tapi baru nak post. huhu Harinie juz nak share video yang dah beberapa hari tengok + memang menusuk jiwa dan kalbu tapi tak post-post. hehe Memang memberikan pengajaran + inti pati yang berkesan. Video ni tau pun dari fb Puan Ika Aziz. Dye yang post. So..time takde keje kat lab hari tu, amek lah feel untuk tengok. Memang respect habis lah kat Matluthfi ni. Part paling menusuk kalbu part belakang2 pasal adeq dye Syafiq yang cacat tu. Sedih tu.. :( Bagi siapa yang lum tengok..boleh tengok.. (^_^)




Kepercayaan Tanpa Rasional - BUTA
Belief Without Rational - BLIND

Rasional Tanpa Kepercayaan - KONTANG
Rational Without Belief - EMPTY

Nov 17, 2011

Alahai Kesiannye Lah...

Assalamualaikum..(^_^)

Petang semalam Wawa pergi amek gambar lomo Wawa yang dah di hantar sebelum raya haji baru ni. Tapi baru semalam untuk amek nye. Seee....alangkah sedihnye diri ini. huhu Kes terpendam lama sangat tak g amek tu coz tak berani nak g amek kat kedai sorang-sorang. Takut nak bawak kuaq motor p taman u. Busy mengalahkan apa je. hehehe

And petang semalam pergi lah amek ngan Farah. *mekaceh farah* :D Memang eksited lah coz 1st time cuci kan. And Wawa cuci kat kedai Wawa amek gambar konvo. Coz kat situ tempat dye macam ok cket and En.Boyfie pun saran g cuci kat situ jugak. Berbekalkan 1 roll filem 12 keping gambar yang di amek dengan gaya yang cantek + pelbagai + unik. *prasan* TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...malangnya...apa yang menduka cinta cita kan hati ini adalah hanya 3 KEPING gambaq sahaja yang menjadi. huwaaaaaaaa..nanges tak berlagulah. huhu 

Yang 9 keping lagi tu hilang. Takde gambar. Kalau anda lah.. rasa nak menangis tak? Wawa bila orang kedai tu cakap 3 keping je yang jadi..secara automatik jadi bad mood. Punye la eksited nak tengok hasil nye tapi 3 keping je yang jadi. Alahai...kesian. huhu Tapi tu lah orang cakap..untuk berjaya kita kena belajar sampai benda tu berjaya.

So..pengajaran kat sini adalah..pastikan anda tau macam mana nak pastikan yang gambar anda menjadi dan yang paling penting..jangan sebarangan hantar filem lomo anda ke kedai yang tidak menyediakan perkhidmatan or yang tidak menjual lomo. Kemungkinan akibatnye jadi macam Wawa. Maybe faktor kedai jugak kot yang gambar Wawa ade 3 keping je. *salahkan kedai lak* hehehe Untuk menyedapkan hati yang lara ni..Wawa upload jelah apa yang jadi. hehehe

kek sempena besday cik bie.. :)

yang ni xtau kat mana..huhu 

Hanya 2 gambar sahaja yang dapat di upload. Coz gambar 1 lagi sensored..so..tak dapat di upload kan. huhu Rasa diri ini sangat tidak pandai dalam bab-bab lomo. T_T 

Anyone can give me tips how to make a good + quality pic from this lomo? And ade tak siapa-siapa yang tahu kat JB ni mana kedai cuci gambar lomo yang berkualiti? huhu If tau...sila2 lah share kat sini ye.. :)

Nov 4, 2011

My Classmate's Wedding.. :)

Assalamualaikum..(^_^)

Now Wawa dah kat umah. Alhamdulillah selamat sampai walaupun banyak halangan yang terpaksa Wawa and adeq kena lalui sebelum sampai. Dengan bas lambat datangnye. Dengan amek penumpang and then macam-macam lah. Dalam bas 12jam. Bayangkan lah. :(

Last week..Wawa attend my classmate wedding. Chinese punye wedding. Bertempatkan di Grand Straits View Hotel, JB. Just simple wedding but very nice decoration and foods. Wawa gerak ngan Farah, Abby, K.pah and Uzair. Gerak before maghrib dalam pukul 6.30 pm walaupun janji pukul 6.00pm. Biasalah kalau perempuan bersiap. hehehe And sampai-sampai sana je terus masuk maghrib. Solat and terus ke tempat kejadian. Ktorg ingat majlis dah stat da. Ropenye ramai lagi yang belum datang. 




Kami selamat tiba dengan jayanya. Buli Uzair suh amekkan gambar. Itu pentingnya lelaki. hehee (^_^)

Sampai je kat muka pintu dewan, ade penyambut tetamu and ade album Hwe Cheng yang sangat AWESOME and lawa. Time tu teruja sangat tengok album tu sampai lupe nak amek gambar album and situasi time tu. Padan muke. huhu Ktorg dapat meja no 20. Sampai-sampai je letak beg and terus ke balkoni luar amek gambar. Hwe Cheng punye tempat 2nd floor. Ciap ade balkoni la kot and sekali dengan decoration yang sangat cantek. :) 







Kami yang suke bergambar. Nak-nak lagi kat bahagian luar ni memang di khaskan untuk bergambar. Siap ade Props yang cantek lagi. Memang cun habis. huhu And adeq Hwe Cheng plak memang sporting. Ciap amekkan gambar kitaorg banyak-banyak gitu. Suke lah. About 1/2 hours kot kitaorg kat luar dah kena masuk coz majlis dah nak mula. Brides dah nak masuk. Malam tu ade 2 pengacara. Sorang cakap Ehinese. Sorang lagi cakap English. huhu Nanti time Wawa, Wawa nak 1 cakap English, 1 cakap Terengganu. Ok x? hehe :P Before brides masuk, parents dorang di bagi bunga api untuk bridesmaids nyalakan. Macam gambar kat bawah. Memang happening coz 1st time Wawa tengok cam2. Maybe chinese nye adat kot. No komen. huhu




Brides masuk ke dewan, disusuli dengan tari menari and then potong kek. And ade ucapan sedikit from parents masing-masing. Kami yang Malay ni tak bangun pun coz dorang ade baca doa dorang. Tapi rasa lain gak la coz tak bangun. Bukan apa takut dorang cakap kita tak respect majlis je. hehehe Da ciap baca doa selamat, makan pun dihidangkan. Masa yang ditunggu-tunggu. Perut masing-masing dah bunyi da. Datang lak Chinese food. Memang perut tak tahan nak makan. Kita makan dulu. huhu


Antara makanan yang sempat di snap. huhu :P Yang paling sedap, desert kat atas tu and makanan yang 1st. Rasa macam tak cukup je. Tamak kan? hehehe Sup sirip ikan yu Wawa malas nak snap. Coz tak sedap + tak kena dengan tekak Wawa. heheh


Second persalinan. cantek Hwe Cheng pakai kaler merah ni. Jelez gitu. huhu Time ni dapat amek gambar coz kebetulan g toilet. Alang-alang terus amek. Nak amek gambar ngan brides, tapi tak sempat. :(

Dah kenyang..kami pun nak balik da. huhu Sebelum balik wajib untuk bergambar kenangan dengan budak-budak kelas. Walaupun tak ramai yang datang tapi tetap happening dengan mulut-mulut kami yang kepochi. hehehe 



Annyeong! Nak balik dah. Kat tangga pun jadi. hehe :)


p/s: besh je tengok org kawen. Bulan 10 sje da attend 2 wedding. huhu

Nov 1, 2011

10 PERLAKUAN YANG MEROSAKKAN OTAK

Assalamualaikum.. (^_^)


Now Wawa dah dalam kelas. Ngah tunggu Dr.Nadzri datang. So..untuk permulaan harini Wawa nak share something tentang otak kite coz jap lagi Wawa akan guna otak ni untuk belajar. huhu Jom kite selami apa perlakuan yang boleh merosakkan otak. hehee


otak yang cerdas dan bijak.. :)
1. Tidak mengambil sarapan pagi :-
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan :-
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok :-
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan :-
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara :-
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur :-
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur :-
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat :-
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi :-
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir :-
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.





p/s: kadang2 Wawa pun x breakfast..hehe


sumber: facebook..