Assalamualaikum.. (^_^)
thumb up!! :D |
Seperti biasa, karya nukilan Ramlee Awang Murshid tak pernah mengecewakan pembaca-pembaca nya. Yakni Wawa juga. huhu Last before Wawa balik rumah untuk cuti sem hari tu..Wawa menghabiskan voucher 1 Malaysia dengan beli buku terbaru Ramlee Awang Murshid, Fiksyen 302. Siapa yang belum baca.. Wawa syorkn untuk baca. Memang berbaloi beli coz jalan penceritaan yang semestinye kita tahu besh and mencabar minda. huhu Untuk novel kali ni agak takut la sikit bagi Wawa coz ianya bertemakan pembunuhan dan balas dendam and jugak pasal psikologi manusia tu sendiri. Sedikit sinopsis Wawa tinggalkan if ada yang berminat untuk baca after ni. :)
Lan Lami, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan telanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan denan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah seorang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan...tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
"JANGAN PERCAYA"
2 comments
rajin wawa membaca.
good.
@syazwan: hehehe..sbb buku Ramlee Awang Murshid semua best2..huhu