Assalamualaikum..(^_^)
Hari ni Wawa nak berkongsi dengan u olls pasal kasut coz seperti yang kita tahu kasut merupakan sebahagian daripada keperluan kita. Ini kerana tanpa kasut..macam mana kita nak bergerak dan kasut juga merupakan satu kelengkapan dalam penampilan individu tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Untuk mendapatkan kasut yang sesuai dan selesa, individu tersebut haruslah bijak membuat pilihan kasut yang sesuai dengan bentuk fizikal dan penampilan diri. Antara model kasut yang adalah di pasaran pada masa kini :
1. Kasut dengan hujung terbuka
Hujung kasut ini terbuka sehingga jari kaki seperti ibu jari dan jari telunjuk kelihatan. Bahagian belakang pada umumnya tertutup. Ia sesuai digayakan untuk acara formal mahupun informal. Kelebihan menggunakan kasut ini adalah kaki tidak berpeluh dan bebas bernafas. Tidak kiralah samada ianya flat, wedges mahupun high heels. :)
2. Wedges
Tumit jenis kasut ini tidak mudah patah dan sesuai bagi badan yang memiliki ketinggian yang minimum mahupun tubuh yang berisi kerana mudah untuk adan mengimbangi berat badan. Wedges ini juga akan memberikan keselesaan kepada si pemakai kerana ianya tidak memenatkan seandainya memerlukan individu berkenaan berdiri atau berjalan lama.
3. Kitten Heel / Tumit rendah atau mendatar
Kasut jenis ini bertumit rendah. Lebih sesuai apabila digunakan dalam acara kasual seperti berjalan-jalan atau keluar shopping. Ini kerana ianya lebih memberi keselasaan dalam menjalankan aktiviti. Selain itu, kasut jenis ini juga tidak memenatkan si pemakai dan juga menampak individu berkenaan bersifat lebih relax..
4. Stilletto
Dengan bahagian depan yang runcing dan tumit yan tinggi, kasut ini lebih sesuai bila anda memadankannya dengan gaun dalam majlis-majlis yang lebih rasmi kerana ia dapat menimbulkan kesan yang lebih feminim dan seksi.
5. Sandal
Sandal lebih bersifat kasual dan relax. Kebanyakan individu lebih selesa dengan memakai sandal. Ianya sesuai untuk acara santai seperti bersiar-siar. Terhad gaya pemakaiannya kerana terlalu ringkas namun tetap memberikan kesan yang santai.
6. Sling Back Shoes
Jenis kasut ini dibezakan dengan adanya tali yang melilit di pergelangan kaki. Sering dipadankan dengan seluar berpotongan A-line kerana ianya boleh menyerlahkan lagi sisi feminin pada penampilan diri si pemakai.
7. But
Kasut yag tertutup keseluruhannya. But ada yang separas pergelangan kaki, separuh betis dan ada yang sampai ke pangkal lutut. Seperti koboi, kasut ini sesuai apabila digunakan dengan jean. :)
So..which 1 u olls prefer? From no 1-- no 7?? Wawa lebih suka yang no 1,2, 6.. sebabnya ianya akan menampakkan Wawa lebih tinggi..hehe
DAPATKAN KASUT-KASUT SEPERTI DI ATAS DI :
sumber : FB Lavender Scarf & Wanita.. ^_^
P/S: promote blogshop Wawa..jangan lupe untuk order ye.. :)