HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Mar 17, 2012

Kasut Cantik & Selesa Jadi Keutamaan..

Assalamualaikum..(^_^)

Hari ni Wawa nak berkongsi dengan u olls pasal kasut coz seperti yang kita tahu kasut merupakan sebahagian daripada keperluan kita. Ini kerana tanpa kasut..macam mana kita nak bergerak dan kasut juga merupakan satu kelengkapan dalam penampilan individu tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Untuk mendapatkan kasut yang sesuai dan selesa, individu tersebut haruslah bijak membuat pilihan kasut yang sesuai dengan bentuk fizikal dan penampilan diri. Antara model kasut yang adalah di pasaran pada masa kini : 

1. Kasut dengan hujung terbuka 



Hujung kasut ini terbuka sehingga jari kaki seperti ibu jari dan jari telunjuk kelihatan. Bahagian belakang pada umumnya tertutup. Ia sesuai digayakan untuk acara formal mahupun informal. Kelebihan menggunakan kasut ini adalah kaki tidak berpeluh dan bebas bernafas. Tidak kiralah samada ianya flat, wedges mahupun high heels. :)

2. Wedges



Tumit jenis kasut ini tidak mudah patah dan sesuai bagi badan yang memiliki ketinggian yang minimum mahupun tubuh yang berisi kerana mudah untuk adan mengimbangi berat badan. Wedges ini juga akan memberikan keselesaan kepada si pemakai kerana ianya tidak memenatkan seandainya memerlukan individu berkenaan berdiri atau berjalan lama. 

3. Kitten Heel / Tumit rendah atau mendatar



Kasut jenis ini bertumit rendah. Lebih sesuai apabila digunakan dalam acara kasual seperti berjalan-jalan atau keluar shopping. Ini kerana ianya lebih memberi keselasaan dalam menjalankan aktiviti. Selain itu, kasut jenis ini juga tidak memenatkan si pemakai dan juga menampak individu berkenaan bersifat lebih relax.. 

4. Stilletto

Dengan bahagian depan yang runcing dan tumit yan tinggi, kasut ini lebih sesuai bila anda memadankannya dengan gaun dalam majlis-majlis yang lebih rasmi kerana ia dapat menimbulkan kesan yang lebih feminim dan seksi. 

5. Sandal


Sandal lebih bersifat kasual dan relax. Kebanyakan individu lebih selesa dengan memakai sandal. Ianya sesuai untuk acara santai seperti bersiar-siar. Terhad gaya pemakaiannya kerana terlalu ringkas namun tetap memberikan kesan yang santai. 

6. Sling Back Shoes


Jenis kasut ini dibezakan dengan adanya tali yang melilit di pergelangan kaki. Sering dipadankan dengan seluar berpotongan  A-line kerana ianya boleh menyerlahkan lagi sisi feminin pada penampilan diri si pemakai. 

7. But


Kasut yag tertutup keseluruhannya. But ada yang separas pergelangan kaki, separuh betis dan ada yang sampai ke pangkal lutut. Seperti koboi, kasut ini sesuai apabila digunakan dengan jean. :)

So..which 1 u olls prefer? From no 1-- no 7?? Wawa lebih suka yang no 1,2, 6.. sebabnya ianya akan menampakkan Wawa lebih tinggi..hehe


DAPATKAN KASUT-KASUT SEPERTI DI ATAS DI :

website : LAVENDER SCARF 

facebook : LAVENDER SCARF 



sumber : FB Lavender Scarf & Wanita.. ^_^


P/S: promote blogshop Wawa..jangan lupe untuk order ye.. :)

11 comments

March 17, 2012 at 9:21 PM

cik nur lebih suka kasut sandal..mudah dan ringkas.. yg penting ianya selesa.. :)

March 17, 2012 at 9:27 PM

YM suka No.2...selesa kaki.al-maklumlah, sejak2 bergelar ibu ni, citarasa dah berubah.Dulu, suka stiletto, tapi almost a year pakai kasut flat masa preggy and after deliver, terus kaki mengembang,ekeke

March 18, 2012 at 1:50 AM

mimi pulak suka no 2,3,5
sebab mimi i agak pendek so kena lah pakai heels, tp nak pakai yg jenis tumit tajam tu mmg tak berani lah. haha

March 18, 2012 at 11:13 AM

@Cik Nur : btol2!! Wawa pun suka sandal tapi tu lah..susah nk cari yang ada size..huhu

March 18, 2012 at 11:14 AM

@YaYaNsMuM a.k.a YM : hehehe..xpe2..pakai kasut flat pun..YM tetap gorgeous gitu.. ^_^

March 18, 2012 at 11:16 AM

@MiMiEy : hehehe..sme lah kite mimi.. kena pakai yg tinggi-tinggi.. :)

March 18, 2012 at 11:31 AM

sy ske kasut tinggi tp sebab dah tinggi sgt kn jd tpakse pkai ksut flat jek huhu..ad x blog2 kasut yg cik wawa suke view??promote la sikit heeee~

March 18, 2012 at 1:54 PM

@mrs.PROandKONTRA : huhu..xpe..kasut flat pun can make u beautiful.. :) klau blog2 kasut x banyak sgt sy suke view coz sy dah jual kasut kan..so..beli kat my shop jelah..but klau baju sy ada certain blog yang besh..huhu

if nak beli kasut..tell me! hehe promote jap.. :D

March 25, 2012 at 8:46 AM

dengarnya ksut tumit tinggi x elok fur our body. dengar dengar je la. tp klu nk pki, pki je la. pastu klu terpeleot jatuh bedebuk dpn org ramai, pandai pandai la cover ;)

March 26, 2012 at 3:17 PM

jap nk terjah blogshop wawa....hehehe....mana tahu ada yang berkenan dihati...

April 2, 2012 at 7:19 PM

anys suka Sling Back Shoes sebab nampak gorgeous ^^

Post a Comment