HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

May 6, 2012

Memberi teguran haruslah dengan cara yang baik


Assalamualaikum..(^_^)

Lately ni Wawa kurang berkenan dengan sesetengah individu yang mana cara teguran nya kurang elok dan boleh menjatuhkan aib seseorang. Wawa faham niat mereka adalah untuk memberitahu bahawa perkara berkenaan salah tapi cara tegurannya bukan lah satu cara yang BAIK. Dan dapat Wawa katakan yang ianya amatlah TIDAK BERHEMAT dimana seperti orang yang tidak tahu cara teguran dan penggunaan bahasa yang SOPAN DAN BAIK. 

Kadang-kadang kesilapan yang kita sering lakukan adalah menegur perbuatan buruk seseorang itu lebih di medium terbuka yang mana semua orang dapat melihat akan perbuatan tidak baik seseorang itu seperti di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. 

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita agar teguran yang dilakukan haruslah terus dinyatakan kepada si pelaku kesalahan dan bukannya di umumkan di ruang terbuka atau melalui medium perantaraan.

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Ajaklah (Wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik..." (Surah An-Nahl :125) 

Nampak tak di situ bahawa dalam Islam kita mempunyai cara-cara yang tersendiri yang mana ianya haruslah ditegur dengan cara yang baik dan bukannya dengan kata-kata yang tidak elok dan hentam menghentam. 

Dan Nabi sendiri tidak mengajar umatnya untuk menegur dengan cara yang kasar, menggunakan kata-kata yang kesat bahkan memberi peringatan kepada kita untuk menggunakan bahasa yang elok, susunan yang teratur dan juga hemah teguran yang tinggi. Dan seelok-eloknya janganlah kita menegur seseorang itu di mana keadaan kita ketika itu penuh dengan emosi dan juga penuh dengan perasaan marah kerana ketika itu apa yang menghasut diri adalah syaitan dan sekaligus ianya akan mendatangkan fitnah dan juga aib seseorang. 

Terdapat beberapa cara yang Wawa petik dari ILuvIslam yang mana Wawa rasa amat sesuai sebagai peringatan untuk diri Wawa dan juga untuk "sahabat" di luar sana yang mana tegurlah dengan cara yang baik :


1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara yang paling baik dan pada waktu paling tepat sekali. 


Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima. Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu. Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu yang tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.


2) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran/didikan.


Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu jika orang lain lebih pandai menegur darimu. 


Elakkan gunakan medium:


a) Email/Facebook/Blog/Twitter > lebih-lebih lagi ianya terlalu public
b) SMS
c) Telefon


Ketika menegur dan memberikan didikan. Hal ini kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada dan jika teguran itu berlaku secara sehala tanpa bertanya apakan asal usul punca masalah itu berlaku. 


3) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran


Sebelum membicarakan hal yang serius, terlebih dahulu berboraklah perkara yang santai dimana supaya hatinya dapat menerima teguran kamu dengan sebaiknya. Duduk bersemuka dengan dia dalam keadaan yang tenang dan bukannya ketika dalam ketika beremosi. Ambil waktu yang paling tepat. Jangan sesekali gopoh dan tidak sabar...


4) Anggaplah dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.


Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur. Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur. Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah kita membuka topik perbincangan.


Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga. 


5) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.


Solatlah dahulu. Biarkan waktu yang melegakan hati kita. Minta pada ALLAH diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur. Niat yang ikhlas sahaja tidak akan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian.. 


Ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya. Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku, membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku. Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama.. dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. Kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. Maka belajarlah cara berkomunikasi dengan baik. 


Tegurlah dengan cara yang baik supaya teguran yang diberikan tidak menjadi angin lalu sahaja. 


Wallahualam..


sumber: Ustazah Siti Khadijah, iluvislam

8 comments

May 6, 2012 at 3:52 PM

Yes,do agree.Kita kena ingat, bila kita jaga 1 keaiban org, insyaallah Allah akan jaga 10 keaiban kita.Taknak ke?:D

May 6, 2012 at 4:06 PM

@ YaYaNsMuM a.k.a YM : yup.. betol tu.. and if nak tegur haruslah juga teguran dgn cra yang baik spy tidak mengguris perasaan individu berkenaan.. :)

May 6, 2012 at 4:44 PM

betul..!

nur xsuke org tegur secara terang2 di dalam FB..kalau berkias tu boleh di maafkan lagi laa...

sebelum kita tgk aib org, baik kita tgk aib diri sendiri dulu kan..

May 6, 2012 at 5:38 PM

ya.sangat betul..
kadang-kadang orang yg tegur tu lagi teruk sebenarnya.ada yang rasa dia yang paling bagus lagi..tapi dia tak sedar pun kesilapan dia sendiri..

May 6, 2012 at 7:51 PM

@Cik Nur : yup.. wawa setuju tu.. tak salah jika ingin menegur.. tp biar lah berpada-pada dan janganlah smpai org tu sakit hati dengan kata-kata kita.. :)

May 6, 2012 at 7:52 PM

@CikNana : sesetengah orang rse dye lah yang paling betol smpaikan terlalu taksub nak tegur org walaupun kesalahan yang dilakukan cumalah sekecil kuman.. huhu

May 9, 2012 at 10:58 PM

Yep memberi teguran mesti kena caranya... Salah cara lain cerita...

June 12, 2012 at 3:38 PM

@Izzuddin Fauzi: yup..it's true izzudin.. :)

Post a Comment