HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Jun 20, 2012

Misi Mencari Durian di Pontian

Assalamualaikum..(^_^)

Alhamdulillah..semalam last paper Wawa untuk sem ni. And sem ni cukup heaven coz exam Wawa juz 2 paper je.. Tapi nak tunggu ke 2 paper tu, seksa sungguh. huhu And tomorrow Wawa punye presentation untuk proposal Projek Sarjana. Kecut pun ada. Tapi apa-apa pun..doakan untuk Wawa ye kawan-kawan. huhu ^_^

before gerak ke pontian..hehe 

Ok lah.. sabtu lepas..Wawa and dak-dak classmate..macam biasa telah merancang aktiviti kami untuk mencari durian di Pontian. Nak-nak lagi sekarang ni musim durian kat Johor kan? So..sure-surelah kitaorg juga ingin menikmati suasana itu walaupun bukan anak jati Johor. hehehe :)  

Untuk mengelakkan cuaca panas sekarang, seawal jam 9.30 am kitaorg dah gerak ke Pontian. Memang awal la. Pakcik durian pun tak datang menjual lagi. huhu. Cerita yang digembar gempurkan adalah sepanjang jalan dari Pulai ke Pontian adalah penuh dengan orang jual durian. Tapi hampa. Coz takde satu pun yang bukak gerai and sampaikan cendol pun belum bukak lagi. Dan bergerak lagi ke depan sampai ke pintu gerbang Pontian, nampak 1 gerai durian. Tapi x berenti coz gerai tu kecik. Nampak tak sedap. hehe And then teruskan perbincangan and akhirnye decide nak masuk ke kebun durian terus. 


lingkaran bulat tu adalah durian..hehe 

Lebih kurang dalam 1 jam macam tu lepas dah masuk ke kawasan air terjun, kem kaizen semua..akhirnye kitaorg berhenti jugak kat 1 dusun durian ni. Alhamdulillah..misi kami berjaya. huhu Tempat yang kitaorg berenti memang betol-betol dusun durian and mengikut uncle yang jual tu..durian yang kitaorg makan semuanya fresh. Coz pagi tadi baru jatuh. hehe.. Punye lah teruja coz tengok atas kepala..banyak betol duriannya. huhu Tibe masa untuk makan! Yummy! Misi memilih mana yang terbaik dan sedap dilakukan oleh Chef Farah dan Chef Arfa. Kami budak-budak duk tepi tengok + makan. hehe 


semua durian ni durian kawen..sedap..huhu

yang ni pun durian kawen kot..huhu

hasil tangkapan pertama.. jemput makan..hehe 

Then masing-masing start makan dengan penuh nikmatnya. Memang sedap + lemak. Ada 1 durian tu..rasa pahit. Tak sedap. Tapi makan jugak and tinggal biji je. huhu Seriously Wawa cakap cukup nikmat walaupun ada durian tu harga dye agak mahal. huhu Tapi apa pun seronok coz misi kami berjaya and dapat makan durian dengan jayanya. hehe ^_^ 




Walaupun durian masih di tangan, tapi bila kamera datang..tetap posing untuk masuk gambar. hehe And k.as start amek gambar candid coz dye sorang je yang tak makan durian. Nasib lah kat situ pun ada jual rambutan. Manis + sedap. Ingat nak cari manggis jugak. Tapi kat situ takde plak. Kalau nak..kena cari kat tempat lain.. :( 



Gambar candid dari k.as..Apa yang Wawa tahu. makan + makan lagi + makan lagi lagi.. sedap sampai menjilat jari..hehe And berlaku cubaan mengopek durian dengan kudrat sendiri. Berjaya! hehehe  And kat bawah ni durian yang paling Wawa suke. Coz lemak + manis + isi sedap + enak + nyaman + semualah..huhu 


Walaupun nampak macam isi kurang lebih biji je..tapi seriously Wawa cakap..sedaaaaappp..Still ingat lagi rasa durian ni. huhu And after dah habis makan dalam 5 or 6 biji camtu *sikit je kan makan*..kitaorg pun bergerak lah beransur pulang. Tapi Wawa sempat lagi snap gambar dengan durian and rambutan. Coz jelez tengok farah and yang laen ambek gambar cmtu.. So..Wawa pun nak jugak..hehe

musang king dalam genggaman..hehe 


Sebelum berakhir.. pesanan penaja... Makanlah buahan tempatan kita! hehehe 

muke hepy dapat makan.. :P


p/s: Durian oh durian..huhu 
p/s/s: If Wawa nak buat giveaway lagi..ada yang nak join lagi tak? huhu 

Jun 13, 2012

6# Wordless Wednesday

Assalamuailaikum..(^_^)

2hari lagi Wawa exam for 1st paper. Wish me gud luck! ^_^



p/s: decoration yg cukup cantik! Marvelous! :D

Jun 11, 2012

Edisi Makan : Ikan Bakar Parameswara Umbai, Melaka

Assalamualaikum.. (^_^)

Alhamdulillah..akhirnya dapat update jugak blog ni coz rasa dah lama x update kan? Nak update...tapi tu lah..bila takde idea ni susah kan. Salah satu risiko nye dalam blogging. huhu Tiba-tiba lak malam ni Wawa teringat pasal Wawa makan ikan bakar kat Melaka aritu sempena g majlis kawen Nana..huhu So..malam ni dah ade idea nak update! hehe ^_^

Wawa rasa semua familiar dengan ikan bakar Parameswara kat Umbai ni kan? Nak di jadikan cerita..rumah Nana kawan Wawa ni ropenye dekat sangat-sangat untuk sampai ke ikan bakar ni. Around 15minit if naek kereta la..huhu Actually untuk makan kat ikan bakar ni dah lama Wawa mengidam since Wawa datang ke Melaka Wonderland lagi. Tapi tyme tu hajat untuk g makan sana tak kesampaian. And memandangkan kali ni semua dak-dak GT yang datang ok nak g makan situ. Wawa pun follow la padahal majlis berinai Nana belum habis lagi tyme tu..huhu Maaf Nana.. :)

ehsan google coz lupe nak amek gambar signboard. over excited..hehe :P

Around 15 minit perjalanan, Wawa dah sampai kat kawasan ikan bakar ni. Sampai-sampai kena bayar parking. Berapa RM Wawa lupe coz driver yang bayarkan. huhu Kawasan sekitar penuh dengan orang jual bakul-bakul anyaman camtu. Memang banyak. And sekali lagi tak amek gambar coz over excited..huhu After dah parking and choose tempat duduk..bermulalah operasi memilih menu untuk kami berempat. Punye lah lama..akhirnya we choose ikan siakap masak bakar and masak sambal, kupang masak sambal, sotong goreng tepung. Sikit je kan makan? Coz tym pilih menu x tau nak makan pe..huhu




Boleh tahan ramai jugak lah orang pada malam tu..maybe sebab weekend kot and maybe jugak sebab cuti sekolah dah start. And mostly yang datang family. Seronok je tengok family bawak jalan-jalan. huhu  No giliran we olls yang ke 52. bermakna ramainye orang yang menunggu. Untuk hilangkan boring..cikgu-cikgu tu maen word search. Hobi kami memang serupa walaupun berjauhan. hehe 



Muke 'ustazah' yang monyok tggu makanan.. :P

Rasa macam lama sangat tak jumpe..hehe

Tengah we olls seronok bergambar, datang waiter dye anta sambal kicap. Tanpa air, nasi, or lauk. Kitaorg memang terpinga-pinga coz biasanya kedai akan kasi air dulu untuk kasi customer cool if lambat kan. But kat sini, dye kasi kicap. Punye lah kelakar. Tu yang terhasilnye gambar ntah pape kat bawah tu..hehe ^_^

nampak kelebaman mata saya.. T_____T

Bebebapa minit kemudian barulah sampai makan yang laen. Kupang masak sambal, ikan, and air. But without rice. Agak-agak camne tu ye? Lama tunggu kitaorg pun minta lah sekali lagi nasi..ropenye nasi ngah masak. Last-last makan lauk lah. Memang rasa kasihan sangat kat kitorang..dah lah masing-masing lapar..nasi pulak boleh ngah masak. Sabau jelah! :(





Lauk dah tinggal separuh..nasi pun sampai. So..jemput makan ye semua! Siapa-siapa yang nak pergi kat sini, makan lah terlebih dahulu kat rumah sikit ye. Bukan pe..takut jadi macam Wawa. Nanti emosional tau tunggu lama-lama. hehe Jemput makan semua! ^_^


p/s:  Jumaat ni steamboat! yummy! Makan lagi..huhu

Jun 5, 2012

Cuti Sekolah = Majlis Kawen --> Nana & Anep

Assalamualaikum..(^_^)

Majlis kawen Nana & Anep ni last week lagi berlangsung , 27 Mei.. tapi hari ni Wawa baru dapat update. huhu Actually majlis ni 2 hari include majlis nikah, majlis berinai and majlis sanding. Seriously Wawa cakap cukup meriah dengan family Nana yang cukup happening and dengan keunikan adat orang Melaka. Biasalah Wawa 1st tym attend majlis kawen yang betol-betol full. Kirenye dari awal sampai akhir majlis. Biasanya just g tym majlis sanding je. huhu 

Oleh kerana Wawa agak malas untuk bercerita malam ni..Wawa tinggalkan entry kali ni dengan gambar time wedding Nana.. Start dari majlis nikah. Disusuli dengan majlis berinai pada malam nya and majlis persalinan sebelah paginya and juga majlis persandingan sebelah tengaharinye. *banyak betol belahnya* hehe.


cupcakes nana untuk anep.. 


Dalam tengahari dak-dak GT dah sampai..sambil-sambil tunggu Nana berciap..kitaorg pun bergambar lah dulu. huhu Tengok fifi sempat lagi masuk gambar. Nasib dye tu tinggi..huhu 


And dalam tengahari, rombongan pihak lelaki sampai.. and tok kadi pun memulakan peranan. Anep nampak macam nervous. Tapi hampeh..muka takde perasaan. huhu 



alhamdulillah..selesai sudah.. official Nana & Anep sebagai suami isteri. Time ni Cik Mun menangis. Sedih katenye..hehe :P



We olls pun bergambar dengan pengantin. Biasalah amek berkat orang kate..hehe ^_^



Majlis berinai pada sebelah malam. Nana pakai baju tradisi orang Melaka. Baju melintang kalau tak salah Wawa. huhu And yang kat kepala tu memang berat. Kesian kat Nana. Malam tue..siap ada bunga api lagi. :)






keesokan harinya, dimulakan dengan 5 persalinan.. Antara koleksi gambar Nana berposing-posing. Bukan senang nak tengok minah gangster ni bergaya camni. hehe Cun beb! :D

Dalam kul 2 start majlis persandingan. Dimulakan dengan tol-tol dari pihak perempuan. Memang happening. hehe



Selamat Pengantin Baru Nana .. :)



we olls yang giler bergambar.. :P


Nak jugak tepung tawar.. dah macam apa dah bila duk depan. Berdebar macam kita lak yang kawen.. :P


GT with nana & anep.. complete for that days! ^_^


p/s: lepas ni turn siapa lah plak ek..huhu 

Jun 1, 2012

Review : Sunan Musafir

Assalamualaikum..(^_^)


Akhirnya Wawa selesai sudah menghabiskan novel Sunan Musafir - Ramlee Awang Murshid. Punye lah lama Wawa tunggu akhirnya 2 hari lepas Wawa dapat jugak beli and baca. huhu  Yang Wawa beli ni adalah special edition punya coz yang di semua kedai hanya ada hard cover - RM35. Soft cover nye belum sampai. Untuk tidak menghampakan Wawa beli lah lagipun pekerja MPH cakap yang hard cover ni keluar around 1000pcs je. Tapi malangnya xde tanda tangan Ramlee Awang Murshid. Klau yang dulu...Sutera Bidadari , Ramlee Awang ada tanda tangan. huhu Takpelah..yang penting Wawa dapat baca.hehe

Sunan Musafir ni adalah sambungan terakhir bagi cerita Laksamana Sunan yang mana terdapat 6 novel yang bersambungan iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan yang terakhir Sunan Musafir. After ni mesti rindu nak baca pasal Laksamana Sunan lagi. Bagi siapa yang memang mengikuti novel ni..sure rasa sedih kan?  *ke Wawa sorang je rasa sedih* huhu 

Wawa tinggalkan dengan sedikit sinopsis dari novel Sunan Musafir ni.. :)


Sinopsis:

Allah menciptkan cinta, jesteru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? 

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? 


p/s: After ni apa agaknya buku terbaru Ramlee Awang Murshid ek..x sabar nak tunggu yang baru.. ^_^