Assalamualaikum..(^_^)
Harini Wawa and adeq agak rajin sikit coz harini kitorg dengan jayanya telah membuat sosej roll yang sekian lama dah plan nak buat. And akhirnya tercapai jugak. Pagi-pagi around 11am dah kuar dengan mak g beli barang-barang keperluan and termasuk lah barang untuk buat sosej roll. Yang takde juz serbuk roti and roti je. Yang laen dah ada semua. huhu So..jom tengok hasil kerjasama Wawa and adeq. hehe :)
Bahan yang digunakan oleh kami:
+ Sebuku Roti Gardenia
+ 2 biji telur (dipukul sedikit and boleh tambah air untuk kasi banyak)
+ 2 pek sosej Ramly
+ Serbuk roti
+ Sedikit gandum (pekatkan gandum ikut citarasa masing-masing - digunakan sebagai gam)
Cara-caranya:
1. Untuk roti dan sosej, Wawa potong kepada 2 bahagian. Coz untuk family je makan. So..potong 2 bahagian pun dah ok. Klau tak mau potong pun xpe..ikut kepada citarasa masing-masing.. :)
2. Kemudian, roti yang telah di potong itu, di gelek sehingga menjadi sedikit leper. Ini adalah untuk menyenangkan kita bila nak letakkan sosej nanti..
3. Pada masa yang sama, sosej yang dipotong tadi di gulung dalam roti. Dan di hujung roti tadi, diletakkan gandum yang telah dipekatkan. Pastikan sosej yang digulung tadi melekat dengan baik. Supaya tidak terbuka. :)
4. Selesai lakukan gulungan sosej ke dalam roti, masukkan roti tadi ke dalam telur yang telah disediakan. Celup roti ke dalam telur sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan ke dalam serbuk roti yang disediakan. Pastikan serbuk roti tadi melekat pada roti yang bersalut telur dengan sepenuhnya. Supaya nanti bila masak nampak cantik. Untuk cantik, beli serbuk roti colour oren. Wawa beli RM4 je sebungkus. :)
6. Ulangi langkah yang ada sehingga lah terhasilnya sosej roll anda. And klau nak frozen..boleh simpan dalam bekas and letak dalam peti ais. Dah siap Wawa punya. Tunggu masa untuk digoreng. :)
AND
Taaaadaaa~~ Wawa punya dah siap di goreng. Nak sedap lagi boleh makan dengan sos + mayonis. Memandangkan mayo habis..makan dengan sos je..huhu Jemput makan.. ^_^
p/s: Baca balik rasa pelik je ayat Wawa buat. Hopefully ianya memberi manfaat..hehe :)
p/s/s: Selamat mencuba and selamat berpuasa.. ^_^
p/s/s/s : Jangan lupa untuk join contest Wawa ye.. :)
18 comments
wah..senang je ye..nanti boleh cuba.. :)
nampak sedap..!
terliur plak tibe-tibe. hehe :D
nk try buat la. hihiih
wahhh....snang ja nak buat...tak payah da beli kat luar...=)
huhuhu na wat la pasni , jemput singgah teratak kite
@Cik Nur: hehe..mmg senang je Cik Nur..b4 ni Wawa ingtkn susah..huhu u should try k.. :)
wah mcm best ! n baru tahu buat cmane . hoho . thanks ! harus cubaaa : )
@Rara Nasiha : hehe..sbr ye Rara.. :)
@Cik Rongoks: CR try la buat..sedap..huhu
@eimah siti : a'a..senang je dear..xyh dh beli kat luar..buat n smpn dlm freeze je.huhu
@sweetcoakcroach: buat jgn x buat..hehe ok dear..i will.. :)
@-meeSUPERGIRL-: huhu..welcome dear..pasni dah boleh try trs da..huhu
terliur dah tgok ni..simple and look delicious..sahur nnti bleh try la buat..hehe
@AINI CHE DIN:hehe..nnt dah buat..instagram tau..hehe :P
wah ni makan petang2 ni sedap... nak try lah..hehehe
Wuahh , sedappp !"D
@azizah :) : nnt dah abiz pose..sis try la buat..pasti menyelerakan.. :)
@✉ ¥ana Fauzi ✉: sedap dear..hehe :)