HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Dec 12, 2012

Edisi Makan : Rumah Makan Pak Datuk, Batam

Assalamualaikum..(^_^)

Seperti yang dijanjikan, harini Wawa update pasal makan untuk 1 day Wawa di Batam. Siapa yang belum baca pasal Batam..boleh tengok kat SINI ye. :) Ok.. untuk makanan tengahari kami di Batam 1st day tu.. En.Daud dah siap-siap booking makan kat Rumah Makan Pak Datuk. Kirenye kat Rumah Makan Pak Datuk ni agak famous jugak lah untuk tourist. And apa yang special..makanan nya berkonsepkan makanan Padang. And memang menepati citarasa. Sedap + bersih + good service.


Haaa..ni lah ropenye tempat makan Pak Datuk. hehe Rumah makan ni ada 2 tingkat. Time ktorg g sana, ktorg duduk bahagian atas. Sampai-sampai je makanan dah tersedia. Bagus kan? Dorang tahu yang kitorg lapar, datang-datang je makanan dah siap sedia. Sejuk hati. hehe Untuk harga maaf ye Wawa kurang tahu sangat coz semua ni dah termasuk dalam package yang disediakan oleh En.Daud. And alhamdulillah..makanan sedap + ofcoz kenyang sangat-sangat. ^_^

bahagian bawah rumah makan..

bahagian atas rumah makan.. :)

Nasi padang ni berkonsepkan pelbagai jenis makanan. Akan di susun banyak-banyak atas meja. If u olls yang datang sana tanpa booking and tiba-tiba nak g makan makanan padang takde masalah, coz konsep dye  makanan yang dicas hanya pada lauk yang kita sentuh sahaja. Means pada makanan yang kita ambil makan je. Yang mana makanan tak sentuh, takde kena cas. :) Tapi kitorg punye memang dah berbayar..makanya kena lah sentuh semua makanan tu..hehe ^_^

antara makanan yang disediakan. Semua sedap! yummy! 

Di Batam, air yang agak famous kat adalah jus avocado. And dari cerita yang kitorang dengar sedap nye tu sampaikan Wawa teruja tau nak cuba. And sampai je kat rumah makan tu, mostly geng-geng Wawa semua order jus ni. Yelah..semua eksited nak try. Tapi malangnya.............kurang sedap la bagi Wawa. Bagi orang lain tak tahu. Tapi seriously Wawa tak leh masuk. Rasa macam nak mun***. huhu So..siapa yang g Batam, Wawa recommend untuk rasa jus ni k. Apa plak kata korang. hehe 

jus avocado.. tak sedaaaaappppp...

Selesai makan semua makanan yang ada..kitorg pun gerak balik ke hotel check in semua. And petang tu jalan lagi. See you next entry. hehe Nak share gambar air mineral yang ada kat sana. Ron 88. Dah macam nama minyak kita kat sini kan? huhu

jangan salah guna untuk tuang minyak plak ye..hehe :P

Selamat malam~~~ :)

p/s: Lavender Beauty ada buat contest, share, like and win. Sila lah join. hehe