Assalamualaikum (^_^)
Alhamdulillah. Bertambah lagi tahun and disamping umor meningkat + azam baru macam biasa. And terima kasih Allah kerana dapat bernafas lagi hingga ke hari ini. Actually this is my first entry for 2015 after 1 setengah tahun senyap. Sian kat blog ni bile bukak takde entry. Bukan orang lain yang sedih tapi tuan dye ni yang sedih xde update pape entry. But insyaAllah tahun ni semua aktiviti nak update walaupun ciput punye aktiviti. hehe
Orite. For this entry Wawa nak share my new year yang super awesome with awesome people. Plan ke Bukit Kluang actually di plan oleh Heidi and Kam. Bertemankan Wawa, Acap, Heidi, Kam and Zul. Actually memang ktorg nak ke sini dah lama tapi mase yang belum mengizinkan and tiba-tiba Heidi cakap nk g Bukit Kluang 1/1/2015. Memandangkan dengan musim hujan and as everyone know yang Terengganu banjir teruk ingat kan dah tak jadi plan ktorg. Tapi akhirnya dengan izin Allah dapat jugak ktorg ke sini. Perjalanan bermula dengan pick up Heidi and Kam di stesen bas. If ikut tentatif ktorg, kul7 dah kat atas bukit tengok sunrise. Tapi disebabkan perjalanan dari KL mengambil masa 10 jam makanya kul8.30am macam tu baru dorang sampai.
Gerak ke bukit kluang. Budak 2 orang kat belakang yang baru sampai. hehe |
After dah pick up Heidi and Kam, ktorg terus gerak ke Bukit Kluang. Tapi before tu singgah di Kampung Losong kejap beli keropok lekor untuk bekal kat atas sana. Perjalanan dari KT ke Besut lebih kurang dalam 1jam. Alhamdulillah walaupun dalam perjalanan ada hujan renyai-renyai sikit tapi bila sampai kat kaki bukit cuaca tersangat la baik. Jika u olls nak ke Bukit Keluang, boleh lah melalui jalan menuju ke Kota Bharu. If tak tahu sangat boleh gune waze cari 'Bukit Keluang' . hehe
Around jam 10am, kami sampai di kaki Bukit Kluang dengan lagi sorang kawan dari Kota Bharu. Lama dia tunggu ktorg sampai. hehe
selfie dulu before hiking. Perkara wajib. :) |
Dah settle semua, gerak lah kami menuju ke puncak. Bukit ini takdelah tinggi sangat cume nak naik dia tu agak mencabar jugak pada permulaan coz kene mendaki tangga yang agak tinggi. Naik baru sikit dah termengah-mengah. Nampak sangat stamina kurang. hehe
First view yang ktorg dapat. Kirenye ni point pertama ktorg berenti. Padahal ni baru je permulaan trekking after habis tangga-tangga tadi. Tapi dah stat rehat. hehe If u olls perasan dalam gambar bawah ni, pulau dalam gambar tu bentuk macam ikan paus kan? Klau tengok dekat-dekat lagi lah real macam ikan paus siap ada mata lagi. hehe View kat sini pun dah cantik. Tu tak sampai puncak lagi tu. Subhanallah.
View at 1st point. Cantik sangat. :) |
After penat bergambar kat sana, ktorg teruskan hiking sampai ke puncak. Nak sampai ke puncak x lama pun. Around 15 minit da sampai. Hint nak tahu dah sampai puncak ke tidak adalah u olls akan nampak pondok kat atas sana. If dah jumpe pondok, makanya sampai lah puncak. :) Cantikkan view kat sini? Seriously Wawa cakap siapa yang datang sini pasti akan rasa kepuasan. Coz cantik sangat-sangat. Wawa orang Terengganu ni pun 1st time sampai. Buat malu diri sendiri je. hehe But at least Wawa dah sampai. ^_^
Sampai puncak betol-betol lebih kurang dalam jam 11.30am if Wawa tak silap. Ktorg terus siap-siap untuk memasak. Coz our guider Acap siap bawak peralatan lagi. Bagus tol la. hehe Then ktorg kat atas sana, goreng keropok, masak air and pastu bersarapan + lunch lah sekali kat atas sana. hehe
Bagus ade kawan yang suka masak ni. Perut kenyang. hehe
Sambil-sambil makan + lepak + bergelak ketawa + berselfie semua, kami pun start kemas. Coz perut masing-masing dah kenyang. Lagipun matahari dah naik atas kepala. Jam waktu pun dah 1.30pm. After this ktorg akan kenyir lak untuk sambung our holiday kat sne. hehe But as usual, tak kan balik terus coz sesi bergambar belum habis lagi. Walaupun matahari dah kat atas kepala, tapi ktorg tetap jugak bergamabar. Yela, pasni tak tahu lagi lah boleh jejak sini.
Sorry banyak lak gambar ktorg. hehe After dah penat bergambar bagai semua, ktorg pun gerak turun dari puncak. Turun ambil masa dalam 15minit camtu kot sebab rasa turun tu sekejap je + melajukan speed yang ade. hehe Makanya berakhir lah 1st mission ktorg. Bukit Kluang, Besut tercapai. InsyaAllah ade rezeki ke sini lagi. Kalini kene gerak awal untuk tengok sunrise. After habis Bukit Kluang ktorg sambung lagi percutian ini ke Tasik Kenyir. Tunggu next entry di Tasik Kenyir pulak ye. ^_^
Layanlah gambar Wawa dulu ye. hehe
Love the view. Scenery superb.
Jumpe lagi next entry. #keganukekite
|
p/s: Rasa macam skill mengarang dah takde je. Btw, Selamat tahun 2015. ^_^