HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Aug 9, 2016

Chillex at Sungai Pisang, Gombak



Assalamualaikum (^_^)

Selamat bekerja u olls. Harini Wawa ada masa sikit so boleh lah update blog. Lagipun this week study week. Tak banyak kerja sangat. Makanya curi masa untuk update blog yang tak seberapa ni. Nak update pasal rinjani tapiiiiii macam malas pulak. hehe InsyaALLAH bila mood rinjani tu datang Wawa update. 

Main attraction kat Sungai Pisang.


Sebenarnya nak cerita pasal day trip Wawa ke Sungai Pisang,Gombak hari ahad (7/8/2016) haritu. Actually boleh di katakan half day trip sebab masuk ke sana pun dah almost 10am and keluar dalam jam 2pm. So sekejap sangat. hehe Biasalah plan last minute. huhu  Memandangkan Wawa tak dapat join ke Jerangkang weekend haritu, makanya ikut lah Adli ke Sungai Pisang. Ini pun kawan dye yang punye plan. So follow jelah. Janji jam 7am dah gerak dari Shah Alam ke Gombak. Tapi masing-masing terlewat sket jam 8am baru gerak dari Shah Alam. Kami ber'enam' haritu, Wawa, Adli, Ayu, Balqis, Hakim and Fazz. Kami berlima dari Shah Alam. Sampai di Danau Kota ambil Fazz then terus gerak ke Sungai Pisang. 


     
while waiting for Fazz.
Landmark untuk masuk ke Sungai Pisang


                                                                                           
Sedikit info pasal Sungai Pisang ye. Sungai Pisang terletak di daerah Gombak. And untuk ke sana boleh melalui 2 jalan. 1 jalan ikut jalan lama yakni kene lalu terowong and redah sungai sikit. Yang lalu terowong tu Wawa tak pernah cuba lagi so tak banyak info dapat kasi. Tapi setahu Wawa korang kene masuk ikut jala lama Gombak, then trekking about 30minit to 1 hour untuk sampai ke sungai pisang. And another jalan yang biasa Wawa lalu with geng adalah jalan luar. Yang ni ktorang lalu ikut highway Karak yakni masuk tol gombak - bayar RM6 then terus ke depan sampai lah di Kilomater 28.6 (landmark Wawa). Park kereta kat situ. Tapi ingin di ingatkan park kat situ adalah risiko sendiri ye. Yang penting, berdoa lah semoga everything selamat. hehe 


gerak masuk ke dalam. Perjalanan around 10 - 15minit based on your pace. 


Dah parking ambil barang semua, kami pun bergerak masuk ke dalam. Perjalanan dari luar nak ke dalam dalam 10-15minit mengikut kadar kelajuan masing-masing. Trekking sangat santai. Akan lalui semak pada permulaan trekking. Then kene lalui jalan yang ada pokok tumbang sikit then baru lah sampai ke camp site. Luckily haritu kami sampai, cuaca baik and orang yang masuk tak ramai sangat. So, dapatlah camp site yang biasa kitorg lepak if masuk sana. 


Sampai je kami teruk bentang ground untuk dijadikan tempat santai-santai. Kebetulan Adli bawak khemah, makanya pasang lah khemah sekali untuk kesenangan. Because after mandi senang if gugurl nak salin baju. Dalam sana takde toilet awam or mana-mana tempat nak buang air or salin baju ye. Everything is open. Sebab tu la khemah quite important jugak untuk gugurl macam kami walaupun half day trip je. hehe If ada hammock boleh lah pasang sekali. Pasang tali then tido sambil dengar deruan waterfall. ^_^




accommodation kitorang. ^_^




Selesai pasang apa yang patut, salin baju then kami breakfast dulu. Coz before gerak dari Shah Alam ktorg berenti beli nasi lemak di pasar seksyen 6 terlebih dahulu. Alang-alang makan dulu kasi kenyang supaya nanti time tiruk takde lah ingat nasi lemak je. hehe 


our breakfast pagi tu. Nasi lemak + roti bakar hakim. nyaman. 

Settle semua, kami pun gerak ke kolam atas. Ingatkan nak mandi kat air terjun bawah tapi tengok ramai pulak budak-budak. So decide untuk naik atas coz kat atas ada kolam yang agak dalam and boleh tiruk. Wawa ofcoz tak lah. hehe  Kat sana jugak ada beberapa tapak yang suitable untuk khemah. 

antara tempat yang boleh berkhemah. 

Untuk ke kolam atas kena ambil laluan ke sebelah kiri and dan akan jumpa tempat best untuk tiruk. Tapi haritu time datang, dorang cakap da kurang sikit dalam nya. Mungkin pembawakan pasir menyebabkan kurang dalam. Mungkin. haha Sementara untuk ke tempat campsite yang ada khemah tu, kena ambil laluan ke sebelah kanan. And belah kanan itu pun ada kolam jugak. Cuma untuk tiruk Wawa tak pasti boleh tak coz biasanya kalau nak tiruk memang kami selalu ke laluan belah kiri. hehe 

laluan belah kiri untuk ke kolam tiruk. hehe


Sampai agenda yang utama adalah mandi. Apa lagi masing-masing bergaya dengan tiruk masing-masing. Wawa as usual hanya tengok and ambil gambar. Coz Wawa ada port sendiri. Maklum lah tak pandai berenang. Nanti kang tak pasal-pasal pulak. hehe After da beberapa keping ambil gambar dorang, Wawa pun gerak ke port sendiri. Tak jauh pun. Cuma perlu jalan ke depan sikit je. Then akan jumpa macam air terjun kecil. So berendam lah kat situ. Seriously nyaman + heaven sangat-sangat. ^_^







Scenery kolam kat bahagian atas. Tempat best untuk tiruk. hehe 

port Wawa mandi. Tak dalam and hujung yang ada waterfall kecik tu tempat bertapa nya hamba. hehe 

After dah settle mandi, makan, chit chat kat sana. Ktorg back to camp site untuk rehat sekejap before balik. Dalam kul2pm da settle semua nya. Simpan khemah, lipat ground, salin baju then gerak balik. Walaupun half day je tapi bila dapat attach dengan nature tu alahai seronok nye. Sebab lama sangat dah tak masuk hutan. Nasib la minggu ni ke jerangkang. So ada la aktiviti. Nantikan update Wawa di jerangkang pulak ye. Btw, siapa yang tak tahu nak ke mana weekend, mybe boleh lah datang chillex kat Sungai Pisang ni. Dekat pun dekat. hehe 

Pulang dulu. Papai. ^_^

p/s: Kat Sungai Pisang jugak selalu ada aktiviti abseiling and zipline by group outdoor. If ada yang nak join boleh check out dorang punye IG - @pakatanbejalan atau @projectvacation. 

Thank you pada yang membaca. ^_^

Jul 15, 2016

Route to Rinjani2016 : Day 1- Kenawa Island, Sumbawa, Lombok

Assalamualaikum (^_^)


Salam Jumaat yang barakah dan mulia. Alhamdulillah masih di panjangkan umur sehingga ke harini. Masih belum terlewat untuk Wawa ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Well..rayakan sebulan. hehe Pada sesiapa yang ada open house tu, roger-roger la ye. Mana tahu boleh terjah makan. hehe


Orite, harini memandangkan class petang, so ambil peluang untuk update blog. Semua ini azam baru tau. Nak habiskan story pasal Rinjani. GIGIH. haha Back to story, selepas kami berempat selesai ambil gambar di area Kuta Beach, kami terus bergegas pulang ke homestay coz pihak dari Looklombok dah sampai untuk pickup kami ke Kenawa Island. Sebelum bertolak ke Kenawa Island, bergambar kenangan dulu ngan staff di Lara Homestay. Seriously dorang baik and sporting sangat. Sesiapa yang ke Lombok, Wawa suggestkan booking la Lara Homestay. hehe *promote takde bayaran ye* :D



Selamat Tinggal. Umur panjang jumpe lagi. 


After da peluk-peluk cium, ucap terima kasih kitorg pun gerak ke Pelabunan Sunbawa. Tepat jam 11.30am waktu Lombok kami pun bertolak. On the way ke pelabuhan, kami minta kepada Mas Bechok and Mas Karom untuk berenti di market dorang dulu untuk beli air mineral dan sedikit makanan. 

singgah beli apa yang patut dulu. Jangan lupe air mineral. hehe


Settle semua, kami gerak ke pelabuhan. Untuk ke Kenawa Island, Wawa and the geng kene naik ferry besar di Pelabuhan Sunbawa. Perjalanan dari Lombok ke pelabuhan dalam 2jam mcm tu. Kemudian sampai di pelabuhan kene amek kapal kecil. Nanti korang tengok kapal kecil nye camne ye. Agak nice and selesa. hehe 

Otw to pelabuhan. Yeahh! 


Oleh kerana perjalanan agak lama, Ajid yang kat belakang siap tido berdengkur lagi. haha Boleh lihat pemandangan di sepanjang perjalanan yang cukup cantik dan cukup hijau untuk mata memandang. Indah sangat. Wawa suka to scenery, so bila tengok tu damai je. Sejuk mata memandang. hehe After dah menempuh 2jam perjalanan, akhirnya dengan jayanya we arrived at Pelabuhan Sunbawa lebih kurang dalam kul 2.30pm waktu Lombok. Pelabuhan Sunbawa ini jugak dikenali dengan nama Pelabuhan Kayangan. Sampai-sampai je semuanya di uruskan oleh Mas Bechok sebab kitorg dan bayar semuanya kat dia. Pakej yang ktorg ambil ni harga nya RM200 untuk 2h1m. Include transport, dinner, breakfast and tent. Actually kalau korang nak g sendiri pun boleh. Takde masalah sebab untuk ke pelabuhan tu senang sahaja.Tapi nak lagi mudah just ambil pakej mana-mana tour kat sana tapi booking awal. InsyaAllah dapat harga lebih murah. :)

Ihsan gambar dari Ganu. Wawa tak sempat nak snap keadaan sekitar mcm mana..huhu


After dah dapat tiket and settle kan apa yang patut, kitorg gerak ke ferry. Dari kaunter ke ferry dalam 5minit perjalanan. Tak jauh pun. Konsep tempat duduk free and easy xde tulis nombor melainkan kalau korg amek katil di ruang bisnes. Yang tu Wawa tengok macam ada nombor dye tulis.


Gambar wajib depan ferry before masuk ke dalam. 
Facilities di dalam ferry agak okay. As usual ada toilet, kamar mandi, ada ruang untuk solat, ada macam kantin untuk jual-jual. And ada jugak ruang bisnes if korang nak tido yang berkatil. Tapi rasanya harga lagi mahal dari seat biasa. hehe Ferry ni ada 2 tingkat. Tempat untuk duduk di tingkat atas, manakala ruang di bawah di sediakan untuk kenderaan. Sebab tu ferry ni quite big. Masa perjalanan ferry setiap 1 jam sekali. So, if korang nak walk in beli tiket pun boleh tapi disarankan book la untuk keselamatan. hehe


Antara facilities yang disediakan.
Pemandangan dari dalam ferry. 
Time ktorg masuk ke dalam ferry, ramai sgt penjaja / penjual menjual macam-macam makanan. And ada jugak yang buat persembahan untuk dapatkan duit. Insaf sekejap tengok dorang struggle untuk dapatkan duit. T_T  So jangan lupa kasi la sikit ye. Bagi 1000rupiah pun da cukup. At least dorang boleh buat beli makan. Dalam 1 jam kemudian, ferry pun mula bergerak ke Sunbawa. Perjalanan lebih kurang 1jam nak sampai ke pelabuhan. Seat yang kami dapat tepi laut. So boleh tengok scenery yang luas and cantik. Subhanallah. 




Perjalanan dari pelabuhan dalam 2jam nak sampai ke sunbawa. Kami smpai sana lebih kurang dalam kul 5.30 petang waktu lombok. Sampai-sampai terus cari boat kecil untuk ke Kenawa Island. Boleh di katakan perjalanan untuk sampai ke sana quite panjang jugak sebab tu mostly tour yang provided service ke Kenawa Island dorang akan gerak seawal pagi jam 7. Tapi kami punye masa da lambat tu yang sampai lambat. And ada jugak tour yang buat 1 day trip. Trip gerak jam 7am dan balik dalam kul6 petang. 

sampan kecil yang di modified jadi boat kecil.


Within 30-45 minit, kami da sampai di Kenawa Island. Turun-turun je dari boat, pantai penuh dengan kerang-kerangan. Seriously lawa. Tapi Wawa takde plak gambar seashell tu semua. Alhamdulillah, akhirnya 1 hari menempuh perjalanan, sampai jugak kami berempat di Kenawa Island. Plan last minit akhirnya berjaya jugak. hehe

Dah sampai da..hehe

Tempat tinggal ktorg memang dah disediakan oleh Looklombok. Alaa..tido dalam khemah je. hehe So, sampai-sampai je, Mas Beckho and Mas Karom carikan tempat nak tido and pasang khemah. Campsite kitorg best sebab mengadap sunrise esok pagi nye. Bangun-bangun je terus nampak sunrise depan mata. huhu So petang tu aktiviti ktorg hanya la bergambar dan bergambar dan bergambar lagi. Sampai la ke malam hari dan sampai la nak tido. hehe 

terima kasih ya mas pasangin tenda kami semua. :)
Get ready untuk malam. Headlamp paling penting time ni. hhe


Pada sebelah malam tak banyak aktiviti yang kami lakukan, hanya la chit chat, main gitar sambil nyanyi, then bergambar untuk dapatkan milkyway. Alhamdulillah malam tu kami dapat milkyway. Dinner malam tu disediakan oleh Ibu *lupa nama*. Di masak makanan tradisional Sunbawa katanya. Tapi seriously Wawa cakap masakan dye sedap sangat-sangat walaupun menu malam tu hanyalah sotong bakar, ikan sambal and ikan bakar, Tapi semua tu habis ktorg makan. Tengah taip ni pun still rasa keenakan masakan Ibu *lupa nama* tu tau. Sedapnyeeeee! heh

Sedap sangat-sangat-sangat. hehe 


Alhamdulillah, malam tu kenyang dengan tambah 2 kali nasi and Wawa habis kan ikan bakar tu. Nak-nak lagi cicah dengan kicap. Yummy tahap ke-10! Over naw! haha Settle makan semua, perut pun da kenyang, makanya agenda utama di teruskan. Coz sebab utama kami ke sini adalah untuk shoot gambar milkyway. Dan hasil yang ktorg dapat alhamdulillah berjaya. Sampaikan ada tourist from France if Wawa tak silap, dye pun join ktorg. Sebab nya dye kagum dengan gambar yang Ganu capture. Well, professional photographer ambil gambar kena la perfect. hehe 






Antara picture by Ganu. Wawa upload 2 je sebab banyak sangat. Nanti upload semuakan naik muak korang lak. hehe Untuk dapatkan shot ni macam-macam Ganu usahakan. Shutter la, angle la, takleh gerak la. hahha So nak gambar cantik kene la ikut apa kata photographer. Alhamdulillah malam tu kami tdo dengan aman dan selesa walaupun mulanya takde panas sket. Tapi bila da nak ke pagi, dah sejuk. Last gambar untuk tatapan korang. Esok nye da nak gerak ke bandaran tapi kami terlewat sampai sana. So nantikan cerita seterusnya ok. Gituewww! hehe 

Kenawa Island, Sunbawa, Lombok, Indonesia. :)


Maka berakhirlah aktiviti malam tu. Jom tido. Esok nak jalan jauh lagi nak jumpe geng-geng PB Rinjani. hehe


p/s : Still takleh nak back to cara penyampain yang betol. haishh. 
p/s : Gambar ehsan dari Ganu. If korang nak wedding photographer boleh cari IG - Kamarulzamanganu. InsyaALLAH gambar korang ohsem seohsem nye! :)

Jun 28, 2016

Route to Rinjani2016 : Kuta Beach, Lombok



Assalamualaikum (^_^)


Alhamdulillah. Salam Ramadhan kepada semua. Masih belum terlewat untuk Wawa ucapkan Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan muslim semua. Dan kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan, makanya selamat menunaikan ibadah dengan lebih istiqamah. :)


Alright, back to main topic Wawa. Memandangkan bulan puasa ini takde event yang best untuk di kongsi, makanya Wawa teruskan dengan update Route to Rinjani 2016 walaupun dah beberapa bulan event ni berlalu. Keenakan tido di Lara Homestay membuatkan kami bertiga bangun jam 8 pagi. Ketika itu matahari sudah di atas kepala bak kata orang tua sebab kat sana jam 6 pagi sudah cerah. Sabar jela nak. Semua salah kan budak lelaki 2 orang tu. haha Orite pagi tu breakfast kami disajikan dengan pancake coklat + air teh. Breakfast ni dah termasuk dalam pakej.  So senang, pagi2 lapar je bangun dah boleh makan. Walaupun simple tapi alhamdulillah kenyang. hehe

budak bucuk baru bangun..hehe
Jemput makan! :D

Selesai breakfast semua, kami bertiga siap-siap untuk next aktiviti. Sementara menunggu Mas Beckho dan Mas Karom dari Looklombok, kami decide untuk ke Kuta Beach terlebih dahulu. Owh ya, untuk pengetahuan semua, Looklombok ini salah satu tour packages and transportation di Lombok. Alhamdulillah rezeki kami dapat ke Kenawa Island coz plan ni last minit, malam tu baru decide nak ke sana and  Looklombok sanggup juga ambil. So, bagi sesiapa yang nak pakej or transportation di Lombok, Wawa suggestkan korang  boleh ambil dengan mereka. InsyaALLAH berbaloi. :)

Setelah tunggu Fara dalam 10minit sebab homestay Fara jauh sikit, kami pun berjalan menuju ke Kuta Beach yang mana jarak ke sana tak jauh dari Lara Homestay. Around 15minit dah sampai kat sana. Jalan kaki je. And apa yang menarik, perjalanan ke Kuta Beach diiringi dengan pemandangan kampung yang nyaman. Dan juga ada pasar pagi. Tapi Wawa tak pasti samada pasar pagi nya setiap hari atau hanya pada hari Rabu sahaja.

Ke Kuta Beach. 15minit je sampai. :D
pemandangdan sekitar perjalanan kami ke Kuta Beach. 

Misi kami ke Kuta Beach ofcoz lah nak ambil gambar buat kenang-kenangan. Dalam 30minit juga lah kami di Kuta Beach. Dah macam-macam gaya dah terhasil. Nak-nak lagi bawak photographer profesional, macam-macam lah gaya yang keluar. hehe 

Da sampai da. Jom cari port bergambar.
port bergambar kami pada haritu.

Port yang kami dapat tu betol-betol kat tengah pantai. Melalui pasir pantai yang lembut. Dengan pemandangan yang indah. Seronok sangat. Demi nak gambar yang cantik, sanggup tau panjat. haha Tapi ada satu lagi port yang ada mercu perkataan KUTA BEACH if Wawa tak silap. Tapi disebabkan kesuntukan masa, makanya kami berlegar kat kawasan situ je. huhu 

demi sekeping gambar..
Ok jom gerak balik.

Dah settle segala ambil gambar, kami pun gerak pulang ke homestay. Menurut Ajis, Mas Beckho and Mas Karom sudah on the way and dalam beberapa minit lagi akan sampai. Dengan pantas nya kami berempat pulang. Apa yang menarik ketika otw pulang, Ajid bawak kami semua balik ikut short cut and siap kena panjat-panjat kawasan rumah yang sedang di bina. Nasib la memang teror panjat-panjat ini. Boleh lah survive. haha Di Kuta Beach Lombok jugak ada org sediakan perkhidmatan surfing. Coz otw kami nak pulang, ada beberapa mat saleh otw nak g surfing kalau tak silap. Sorang 1 naik motor bawak surf board. Maybe siapa yang berminat boleh booking awal or walk in untuk perkhidmatan. 

maaf harga tak pasti berapa. hehe 
Shortcut punya pasal..sabar jelah nak..huhu
Dalam perjalanan pulang tu, kami singgah di sebuah warung untuk makan tengahari coz di homestay lunch tidak disediakan. Ajid, Ganu n Fara makan nasi dengan daging. Tengah penat dapat makanan yang sedap and yang paling best dapat es jeruk. Tuhan je tahu nikmat ketika tu camne. Yela, dengan panasnya pastu sanggup panjat-memanjat bagai. Mahu nye tak haus. haha Wawa tak makan sebab masih kenyang tapi haus sangat. Bila dapat je es jeruk terus hirup tak ingat. hehe 

es jeruk yang legend teruk! haha 

Makanya berakhir la journey kami semua ke Kuta Beach untuk haritu. Dapat je es jeruk kami terus ke homestay coz Mas Beckho and Mas Karom sudah sampai. Its time to us menuju ke Kenawa Island. So excited sebab ramai sangat yang cakap Kenawa Island ni lawa sangat. So, tunggu kan gambar win dari Ganu. hehe :D

To be continueeee......


p/s: Sorry kalau ada ayat yang macam org zaman dulu. Padahnya lama giler tak update blog. Enjoy! 

May 16, 2016

Route to Rinjani2016 : Ketibaan di Lombok

Assalamualaikum (^_^)


Masih ada yang mengingati diri ini ke? hehe After 2 years and tahun lepas hanya 1 entry je Wawa update. Makanya azam tahun ni nak update semua cerita yang tergendala dalam blog ni sampai siapa yang baca muntah. haha No la..just kidding. But seriously memang banyak sangat nak cerita. Maybe after this Wawa akan susun kan apa yang patut di ceritakan. But for now, Wawa nak share 1 of my activity untuk last month. Kami geng-geng PakatanBejalan ke Rinjani. Gunung Rinjani selama 1 week pada 28hb April until 4hb May 2016. But as usual la, Wawa akan ke sana lebih awal. hehe

Untuk hiking kalini, Wawa ke sana lebih awal dalam 2hari dari tarikh hiking yaitu 26hb April. Tujuan utama datang ke Lombok awal sebab nak jalan-jalan. Tapi lain pulak yang jadi. So nantikan. hehe Orite, travel kalini Wawa sekali ngn Ganu and Farah. Plan asal hanya dengan Ganu sahaja. Tapi Farah keseorangan, makanya kami jumpe di airport then travel sama-sama. Di Lombok, Ajid sudah menanti kami di homestay. Pada malam tu kami stay di Kuta, Lombok.

Di airport sudah menanti flight. hehe

Perjalanan dari KLIA2 mengambil masa around 3jam untuk sampai di airport Lombok. Flight dalam jam3.35 and kami sampai dalam jam6.35 waktu sana. Untuk pengetahuan semua, masa di Lombok adalah sama dengan waktu Malaysia. Yang berbeda hanyalah peralihan waktu yang mana sana cepat gelap and cepat cerah. Ini pun Wawa baru tahu. LOL. haha

Sampai di airport Lombok, 1st yang kami buat adalah mencari taxi untuk ke Lara Homestay di Kuta Lombok. Peringatan untuk semua yang nak ke Lombok, kalau nak ambil taxi pasti kan kalian ambil taxi di dalam airport. Keluar je dari Arrival tu, u olls akan terus nampak macam kaunter taxi. So bargain la mana yang termurah ye. hehe Untuk ke Kuta Lombok, kami bertiga ambil taxi dalam airport dengan kadar cas 100,000rupiah untuk 1 taxi. Masih murah untuk ke sana. Perjalanan ke Lara Homestay lebih kurang dalam 30 - 45 minit dari airport. So sampai saja di Lara Homestay, Ajid da tunggu dengan senyuman gigi taring nya. hehe Letak beg then kami gerak ke kedai di luar jalan untuk cari makan.

Alhamdulillah, malam tu dapat makan ayam penyet Lombok di Warung Tegal. Untuk cari makan mudah saja di kawasan Kuta Lombok ni sebab kebanyakan mereka adalah Islam. Malam tu makan ayam penyet dan es jeruk. Wawa kalau ke Indonesia, es jeruk wajib selain dari soda gembira. Sedap amat. hehe

Ayam Penyet Warung Tegal
Malam kami di akhiri dengan plan untuk esok. Mengikut plan Ajid mungkin kami akan ke Kenawa Island. Pernah dengar? Tempat nya memang cantik and nak ke sana mengambil masa 1 hari. hehe But don't worry. Dengan ada nya Ajid, semua plan pasti akan smooth. hehe So, nantikan plan kami di Kenawa. Semoga jadilah plan nye ye. Nak balik bilik tido da. hehe Goodnight! 


p/s: Lara Homestay boleh book di booking.com. Sangat murah, staff friendly, 10minit ke Kuta Beach Lombok.