HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Jun 28, 2016

Route to Rinjani2016 : Kuta Beach, Lombok



Assalamualaikum (^_^)


Alhamdulillah. Salam Ramadhan kepada semua. Masih belum terlewat untuk Wawa ucapkan Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan muslim semua. Dan kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan, makanya selamat menunaikan ibadah dengan lebih istiqamah. :)


Alright, back to main topic Wawa. Memandangkan bulan puasa ini takde event yang best untuk di kongsi, makanya Wawa teruskan dengan update Route to Rinjani 2016 walaupun dah beberapa bulan event ni berlalu. Keenakan tido di Lara Homestay membuatkan kami bertiga bangun jam 8 pagi. Ketika itu matahari sudah di atas kepala bak kata orang tua sebab kat sana jam 6 pagi sudah cerah. Sabar jela nak. Semua salah kan budak lelaki 2 orang tu. haha Orite pagi tu breakfast kami disajikan dengan pancake coklat + air teh. Breakfast ni dah termasuk dalam pakej.  So senang, pagi2 lapar je bangun dah boleh makan. Walaupun simple tapi alhamdulillah kenyang. hehe

budak bucuk baru bangun..hehe
Jemput makan! :D

Selesai breakfast semua, kami bertiga siap-siap untuk next aktiviti. Sementara menunggu Mas Beckho dan Mas Karom dari Looklombok, kami decide untuk ke Kuta Beach terlebih dahulu. Owh ya, untuk pengetahuan semua, Looklombok ini salah satu tour packages and transportation di Lombok. Alhamdulillah rezeki kami dapat ke Kenawa Island coz plan ni last minit, malam tu baru decide nak ke sana and  Looklombok sanggup juga ambil. So, bagi sesiapa yang nak pakej or transportation di Lombok, Wawa suggestkan korang  boleh ambil dengan mereka. InsyaALLAH berbaloi. :)

Setelah tunggu Fara dalam 10minit sebab homestay Fara jauh sikit, kami pun berjalan menuju ke Kuta Beach yang mana jarak ke sana tak jauh dari Lara Homestay. Around 15minit dah sampai kat sana. Jalan kaki je. And apa yang menarik, perjalanan ke Kuta Beach diiringi dengan pemandangan kampung yang nyaman. Dan juga ada pasar pagi. Tapi Wawa tak pasti samada pasar pagi nya setiap hari atau hanya pada hari Rabu sahaja.

Ke Kuta Beach. 15minit je sampai. :D
pemandangdan sekitar perjalanan kami ke Kuta Beach. 

Misi kami ke Kuta Beach ofcoz lah nak ambil gambar buat kenang-kenangan. Dalam 30minit juga lah kami di Kuta Beach. Dah macam-macam gaya dah terhasil. Nak-nak lagi bawak photographer profesional, macam-macam lah gaya yang keluar. hehe 

Da sampai da. Jom cari port bergambar.
port bergambar kami pada haritu.

Port yang kami dapat tu betol-betol kat tengah pantai. Melalui pasir pantai yang lembut. Dengan pemandangan yang indah. Seronok sangat. Demi nak gambar yang cantik, sanggup tau panjat. haha Tapi ada satu lagi port yang ada mercu perkataan KUTA BEACH if Wawa tak silap. Tapi disebabkan kesuntukan masa, makanya kami berlegar kat kawasan situ je. huhu 

demi sekeping gambar..
Ok jom gerak balik.

Dah settle segala ambil gambar, kami pun gerak pulang ke homestay. Menurut Ajis, Mas Beckho and Mas Karom sudah on the way and dalam beberapa minit lagi akan sampai. Dengan pantas nya kami berempat pulang. Apa yang menarik ketika otw pulang, Ajid bawak kami semua balik ikut short cut and siap kena panjat-panjat kawasan rumah yang sedang di bina. Nasib la memang teror panjat-panjat ini. Boleh lah survive. haha Di Kuta Beach Lombok jugak ada org sediakan perkhidmatan surfing. Coz otw kami nak pulang, ada beberapa mat saleh otw nak g surfing kalau tak silap. Sorang 1 naik motor bawak surf board. Maybe siapa yang berminat boleh booking awal or walk in untuk perkhidmatan. 

maaf harga tak pasti berapa. hehe 
Shortcut punya pasal..sabar jelah nak..huhu
Dalam perjalanan pulang tu, kami singgah di sebuah warung untuk makan tengahari coz di homestay lunch tidak disediakan. Ajid, Ganu n Fara makan nasi dengan daging. Tengah penat dapat makanan yang sedap and yang paling best dapat es jeruk. Tuhan je tahu nikmat ketika tu camne. Yela, dengan panasnya pastu sanggup panjat-memanjat bagai. Mahu nye tak haus. haha Wawa tak makan sebab masih kenyang tapi haus sangat. Bila dapat je es jeruk terus hirup tak ingat. hehe 

es jeruk yang legend teruk! haha 

Makanya berakhir la journey kami semua ke Kuta Beach untuk haritu. Dapat je es jeruk kami terus ke homestay coz Mas Beckho and Mas Karom sudah sampai. Its time to us menuju ke Kenawa Island. So excited sebab ramai sangat yang cakap Kenawa Island ni lawa sangat. So, tunggu kan gambar win dari Ganu. hehe :D

To be continueeee......


p/s: Sorry kalau ada ayat yang macam org zaman dulu. Padahnya lama giler tak update blog. Enjoy!