HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Jul 15, 2016

Route to Rinjani2016 : Day 1- Kenawa Island, Sumbawa, Lombok

Assalamualaikum (^_^)


Salam Jumaat yang barakah dan mulia. Alhamdulillah masih di panjangkan umur sehingga ke harini. Masih belum terlewat untuk Wawa ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Well..rayakan sebulan. hehe Pada sesiapa yang ada open house tu, roger-roger la ye. Mana tahu boleh terjah makan. hehe


Orite, harini memandangkan class petang, so ambil peluang untuk update blog. Semua ini azam baru tau. Nak habiskan story pasal Rinjani. GIGIH. haha Back to story, selepas kami berempat selesai ambil gambar di area Kuta Beach, kami terus bergegas pulang ke homestay coz pihak dari Looklombok dah sampai untuk pickup kami ke Kenawa Island. Sebelum bertolak ke Kenawa Island, bergambar kenangan dulu ngan staff di Lara Homestay. Seriously dorang baik and sporting sangat. Sesiapa yang ke Lombok, Wawa suggestkan booking la Lara Homestay. hehe *promote takde bayaran ye* :D



Selamat Tinggal. Umur panjang jumpe lagi. 


After da peluk-peluk cium, ucap terima kasih kitorg pun gerak ke Pelabunan Sunbawa. Tepat jam 11.30am waktu Lombok kami pun bertolak. On the way ke pelabuhan, kami minta kepada Mas Bechok and Mas Karom untuk berenti di market dorang dulu untuk beli air mineral dan sedikit makanan. 

singgah beli apa yang patut dulu. Jangan lupe air mineral. hehe


Settle semua, kami gerak ke pelabuhan. Untuk ke Kenawa Island, Wawa and the geng kene naik ferry besar di Pelabuhan Sunbawa. Perjalanan dari Lombok ke pelabuhan dalam 2jam mcm tu. Kemudian sampai di pelabuhan kene amek kapal kecil. Nanti korang tengok kapal kecil nye camne ye. Agak nice and selesa. hehe 

Otw to pelabuhan. Yeahh! 


Oleh kerana perjalanan agak lama, Ajid yang kat belakang siap tido berdengkur lagi. haha Boleh lihat pemandangan di sepanjang perjalanan yang cukup cantik dan cukup hijau untuk mata memandang. Indah sangat. Wawa suka to scenery, so bila tengok tu damai je. Sejuk mata memandang. hehe After dah menempuh 2jam perjalanan, akhirnya dengan jayanya we arrived at Pelabuhan Sunbawa lebih kurang dalam kul 2.30pm waktu Lombok. Pelabuhan Sunbawa ini jugak dikenali dengan nama Pelabuhan Kayangan. Sampai-sampai je semuanya di uruskan oleh Mas Bechok sebab kitorg dan bayar semuanya kat dia. Pakej yang ktorg ambil ni harga nya RM200 untuk 2h1m. Include transport, dinner, breakfast and tent. Actually kalau korang nak g sendiri pun boleh. Takde masalah sebab untuk ke pelabuhan tu senang sahaja.Tapi nak lagi mudah just ambil pakej mana-mana tour kat sana tapi booking awal. InsyaAllah dapat harga lebih murah. :)

Ihsan gambar dari Ganu. Wawa tak sempat nak snap keadaan sekitar mcm mana..huhu


After dah dapat tiket and settle kan apa yang patut, kitorg gerak ke ferry. Dari kaunter ke ferry dalam 5minit perjalanan. Tak jauh pun. Konsep tempat duduk free and easy xde tulis nombor melainkan kalau korg amek katil di ruang bisnes. Yang tu Wawa tengok macam ada nombor dye tulis.


Gambar wajib depan ferry before masuk ke dalam. 
Facilities di dalam ferry agak okay. As usual ada toilet, kamar mandi, ada ruang untuk solat, ada macam kantin untuk jual-jual. And ada jugak ruang bisnes if korang nak tido yang berkatil. Tapi rasanya harga lagi mahal dari seat biasa. hehe Ferry ni ada 2 tingkat. Tempat untuk duduk di tingkat atas, manakala ruang di bawah di sediakan untuk kenderaan. Sebab tu ferry ni quite big. Masa perjalanan ferry setiap 1 jam sekali. So, if korang nak walk in beli tiket pun boleh tapi disarankan book la untuk keselamatan. hehe


Antara facilities yang disediakan.
Pemandangan dari dalam ferry. 
Time ktorg masuk ke dalam ferry, ramai sgt penjaja / penjual menjual macam-macam makanan. And ada jugak yang buat persembahan untuk dapatkan duit. Insaf sekejap tengok dorang struggle untuk dapatkan duit. T_T  So jangan lupa kasi la sikit ye. Bagi 1000rupiah pun da cukup. At least dorang boleh buat beli makan. Dalam 1 jam kemudian, ferry pun mula bergerak ke Sunbawa. Perjalanan lebih kurang 1jam nak sampai ke pelabuhan. Seat yang kami dapat tepi laut. So boleh tengok scenery yang luas and cantik. Subhanallah. 




Perjalanan dari pelabuhan dalam 2jam nak sampai ke sunbawa. Kami smpai sana lebih kurang dalam kul 5.30 petang waktu lombok. Sampai-sampai terus cari boat kecil untuk ke Kenawa Island. Boleh di katakan perjalanan untuk sampai ke sana quite panjang jugak sebab tu mostly tour yang provided service ke Kenawa Island dorang akan gerak seawal pagi jam 7. Tapi kami punye masa da lambat tu yang sampai lambat. And ada jugak tour yang buat 1 day trip. Trip gerak jam 7am dan balik dalam kul6 petang. 

sampan kecil yang di modified jadi boat kecil.


Within 30-45 minit, kami da sampai di Kenawa Island. Turun-turun je dari boat, pantai penuh dengan kerang-kerangan. Seriously lawa. Tapi Wawa takde plak gambar seashell tu semua. Alhamdulillah, akhirnya 1 hari menempuh perjalanan, sampai jugak kami berempat di Kenawa Island. Plan last minit akhirnya berjaya jugak. hehe

Dah sampai da..hehe

Tempat tinggal ktorg memang dah disediakan oleh Looklombok. Alaa..tido dalam khemah je. hehe So, sampai-sampai je, Mas Beckho and Mas Karom carikan tempat nak tido and pasang khemah. Campsite kitorg best sebab mengadap sunrise esok pagi nye. Bangun-bangun je terus nampak sunrise depan mata. huhu So petang tu aktiviti ktorg hanya la bergambar dan bergambar dan bergambar lagi. Sampai la ke malam hari dan sampai la nak tido. hehe 

terima kasih ya mas pasangin tenda kami semua. :)
Get ready untuk malam. Headlamp paling penting time ni. hhe


Pada sebelah malam tak banyak aktiviti yang kami lakukan, hanya la chit chat, main gitar sambil nyanyi, then bergambar untuk dapatkan milkyway. Alhamdulillah malam tu kami dapat milkyway. Dinner malam tu disediakan oleh Ibu *lupa nama*. Di masak makanan tradisional Sunbawa katanya. Tapi seriously Wawa cakap masakan dye sedap sangat-sangat walaupun menu malam tu hanyalah sotong bakar, ikan sambal and ikan bakar, Tapi semua tu habis ktorg makan. Tengah taip ni pun still rasa keenakan masakan Ibu *lupa nama* tu tau. Sedapnyeeeee! heh

Sedap sangat-sangat-sangat. hehe 


Alhamdulillah, malam tu kenyang dengan tambah 2 kali nasi and Wawa habis kan ikan bakar tu. Nak-nak lagi cicah dengan kicap. Yummy tahap ke-10! Over naw! haha Settle makan semua, perut pun da kenyang, makanya agenda utama di teruskan. Coz sebab utama kami ke sini adalah untuk shoot gambar milkyway. Dan hasil yang ktorg dapat alhamdulillah berjaya. Sampaikan ada tourist from France if Wawa tak silap, dye pun join ktorg. Sebab nya dye kagum dengan gambar yang Ganu capture. Well, professional photographer ambil gambar kena la perfect. hehe 






Antara picture by Ganu. Wawa upload 2 je sebab banyak sangat. Nanti upload semuakan naik muak korang lak. hehe Untuk dapatkan shot ni macam-macam Ganu usahakan. Shutter la, angle la, takleh gerak la. hahha So nak gambar cantik kene la ikut apa kata photographer. Alhamdulillah malam tu kami tdo dengan aman dan selesa walaupun mulanya takde panas sket. Tapi bila da nak ke pagi, dah sejuk. Last gambar untuk tatapan korang. Esok nye da nak gerak ke bandaran tapi kami terlewat sampai sana. So nantikan cerita seterusnya ok. Gituewww! hehe 

Kenawa Island, Sunbawa, Lombok, Indonesia. :)


Maka berakhirlah aktiviti malam tu. Jom tido. Esok nak jalan jauh lagi nak jumpe geng-geng PB Rinjani. hehe


p/s : Still takleh nak back to cara penyampain yang betol. haishh. 
p/s : Gambar ehsan dari Ganu. If korang nak wedding photographer boleh cari IG - Kamarulzamanganu. InsyaALLAH gambar korang ohsem seohsem nye! :)